Followers

Monday, May 19, 2014

::Sudah Sampai Masa::

Dalam dua minggu lalu, bertalu-talu saya dikejutkan berita pemergian beberapa insan yang saya kenali dan agak rapat.  Tatkala mendapat berita tersentak seketika dan hati dirundung hiba.
 
Ramai benar yang saya kenali, sama-sama bergelak ketawa kembali kepada Maha Pencipta.  Sudah semakin dekat saya dengan kematian.  
 
Toleh ke belakang seketika, tiada apa menggamit rasa bangga.  Hmm..Panjang lagi perjalanan tetapi rasa semakin singkat waktu dikurnia.
 
Am not going to mention who they are, yalah..Yang dah pergi tetap pergi, kita di dunia menanti detik penghuluran jemputan, entah bila agaknya?  
 
Al-Fatihah dan Yassin mengiringi pemergian mereka, moga-moga mereka tenang dan aman di sana, Insyaallah.

Lately, tersangat sibuk.  Ada masa buat-buat sibuk =) tapi berbunga di hati.  Lama berdoa dan gigih berusaha, Alhamdulillah semakin menampakkan hasil.  Bila dah ada depan mata baru rasa puas.

Itu yang bila dapat khabar duka, feel down sangat-sangat.  Tak bermaya nak menghadap kerja-kerja.  Fikiran menerawang entah ke mana mengimbau kenangan indah sewaktu bersama arwah-arwah.

Tipulah kalau tiada tergigit lidah.  Ada ketika dendam terbuku di hati tetapi ambil jalan mudah, enggan memperbesarkan cerita, kasih kembali bertaut.

Sayangnya kekangan masa menjadi faktor utama, perhubungan terjalin rasa jauh walhal boleh sahaja curi detik bersua barang seketika.

Bila dah tiada, terselit juga sesal.  Pemergian mereka diuji kesihatan tidak stabil.  Selama terlantar sakit, saya tidak berpeluang menziarah.  Ada sahaja halangan ;(

Tak apalah, nak buat macamana.  Mereka akan saya kenang dalam setiap doa.  Memori pelbagai rasa akan sentiasa terkunci rapi.  Semoga kita semua bersua di SANA satu hari kelak.






nota:  kehidupan perlu diteruskan...
 
 

No comments :

Post a Comment