Followers

Wednesday, May 11, 2011

::Barang mahal wei!!::

Rungutan di sana sini.  Minyak naik lagi, gula naik, harga barang melambung tinggi tetapi kehidupan rakyat di takuk lama.  Entahlah, hendak salahkan siapa sebenarnya pun kita tidak tahu.  Tunding jari sana, balik ke diri sendiri.  Makanya pandai-pandailah untuk hidup di negara sendiri.

Takut sebenarnya megenangkan untung nasib diri serta keluarga kelak.  Hari ini sesiapa mendapat gaji RM3000 tidak beerti mewah.  Mahu atau tidak, kenalah suami isteri bekerja menampung kos hidup.  Tekanan hidup di bandar semakin ketara.  Sana sini memerlukan wang ringgit.  Saya masih ingat 20 tahun yang lalu, Arwah Mak hanya membawa RM10 untuk ke pasar malam bagi membeli keperluan dapur untuk seminggu.  

Berbekalkan RM10, macam-macam boleh dibeli sehinggakan cukuplah untuk membeli kudapan buat saya dan adik-adik.  Hari ini, dengan RM10 apa yang dapat dibeli di pasar malam?  Setakat untuk perut sendiri bolehlah.  GM sendiri memperuntukkan RM100 untuk barangan dapur rumah.  Dengan nilai tersebut, barangan yang dibeli di supermarket penuh satu troli.  Masih berbaki untuk menikmati KFC buat kami sekeluarga.

Saat ini jika nilai RM100 dibawa ke Giant contohnya, tidak sampai separuh barang di dalam troli yang boleh kita dapat.  Berbeza sangat-sangat.  Jika dengan gaji hari ini tetapi hidup pada 20 tahun kebelakangan, saya yakin rakyat Malaysia semuanya mewah belaka.  Kadar kemiskinan juga boleh mencapai angka sifar.  Tetapi itulah hakikat dan kita harus memandang ke hadapan.  Oleh itu wang di tangan juga melonjak ke hadapan dan semakin mengecil nilainya. 

Sebelum dihinggap demam panas hari tu, sempat jugalah saya menemankan GM membeli barangan rumah.  Biasalah dengan kapasiti tinggi penghuni rumah, satu troli tidak lagi mencukupi.  Sekurang-kurangnya dua troli untuk satu bulan.  Itu pun puas juga GM catu supaya tidak melebihi bajet ditangan.  Jangan tak tahu, walaupun penuh dua troli, tiap-tiap GM tetap juga mengunjungi Giant untuk menampung mana-mana yang kurang.  Dahsyatkan!!!

Kebiasaannya, jika membeli barangan rumah, peruntukan masa setengah hari diperlukan.  Yelah, mana hendak membelek barang, tilik harga lagi, semak kualiti barang makanan, beratur di kaunter pembayaran.  Tolak campur, lebih dari 4 jam jugalah.  Itu belum kira kalau bawa sekali buah hati pengarang jantung.  Seusia 4 tahun, dia sendiri pandai memilih barangan milik peribadi beserta barang makan untuk dirinya.  Kalau dia ambil kemudian kita keluarkan, sampai di rumah siapkan jawapan konkrit buat soalan yang bakal diusulkan.  Semuanya gara-gara barang yang telah diambil tetapi tidak dibawa pulang.

Hari yang sesuai pula pasti hujung minggu dan kebiasaannya adalah hari Sabtu.  Hari Sabtu pula adalah hari tanpa beg plastik.  Oleh kerana itu, tidak ramai memilih untuk berbelanja pada hari Sabtu dan pada hari Ahad pula, kaunter bayaran sudah semestinya sesak.  Jangan pula mengata yang kami tidak menyokong movement tersebut.  Tetapi jika dah penuh dua troli, agak 'kureng' jugalah andai tidak menggunakan bantuan beg plastik.

Entah macamana, timbul idea bernas (tidak pasti bernas atau tidak), GM menggunakan plastik sampah.  Beli segulung plastik sampah kemudian isi barang-barang dibeli ke dalamnya.  Jimat juga jika dibandingkan dengan 20sen bagi satu beg plastik.  Ada yang tersenyum-senyum melihat gelagat kami, tak kurang juga mengelengkan kepala.  Abaikan sahaja, lagi pula bukan mereka yang membayar barangan tersebut. he..he..he..  

Tahu tak berapa GM berbelanja?  Hampir RM700++.  Pengsan!!!  Paling tidak seingat saya, dalam tahun 2000 jika dengan nilai tersebut, barangan berkualiti boleh dimiliki.  Jenama makanan yang diimport dari luar negara, berbelanja di Cold Storage dan bukanlah di pasar besar Giant dengan mutu barangan berkadar biasa.  Aduhai, begitu jauh bezanya.  Dengan segala kenaikan saya jamin harga yang GM bayar bakal mencecah ribuan ringgit tidak lama lagi.

Kerana itulah saya katakan tadi.  Cakap pun susah, tak cakap pun susah.  Harapan sentiasa diletakkan supaya pihak berwajib melihat ke bawah isu sebegini.  Bukan sibuk untuk menjatuhkan antara satu sama lain.  Saya bukan ahli politik dan saya juga tidak menyokong mana-mana partai tetapi tolonglah memandang serius perkara ini kerana hakikat di mana-mana, rakyat semakin terhimpit dan tersepit.  

Antara hasil bagi dua troli.  Ini pun belum penuh lagi.  Hampir 15 minit juga di kaunter untuk selesaikan dua troli
 
 Antara yang telah dibungkus di dalam plastik sampah.. he..he..he..


nota:  Ini dah hampir susut barangan di rumah.  GM..ehem..ehem..
 

No comments :

Post a Comment