Followers

Saturday, May 21, 2011

::Bersiaran dari luar::

Cadangnya hendak menyambung kerja tergendala tetapi itulah, bila sudah mula melayari internet...haram nak jalankan tanggungjawab.  Oh ye, saya berada di Kuala Pilah.  Kalau ikutkan badan belum sihat sepenuhnya tetapi dah beria-ia diajak, jalan sahajalah.  Mujur ada hotel, boleh saya rehat-rehatkan badan yang sengal mencucuk tulang.   Yang seronoknya, walaupun hotel bajet tetapi ada kemudahan WIFI dalam bilik.  Itu yang perhatian entah ke mana-mana.

Sedang sibuk-sibuk memainkan jari di muka telefon pintar, saya dikejutkan dengan email mengatakan ada tanah runtuh di Hulu Langat dan mangsa terlibat adalah anak-anak yatim.  Ya Allah, selamatkanlah adik-adik di rumah At-Taqwa itu!!  Permudahkan urusan mencari mangsa-mangsa tanah runtuh.  Sepantas kilat telefon Macho Man dan minta dia ke sana bersama jurugambar kami bagi mendapatkan berita.  Insyaallah, jika kami dapat cerita segalanya akan dikongsikan di dalam Media Rakyat keluaran akan datang.

Lupa pula, buat pertama kali saya menginap di hotel yang ada saluran Astro Ria.  Apa lagi, boleh saya menonton Akademi Fantasia malam ini, sambil-sambil menyambung mana yang patut.  Cuma saya rasa semakin tidak sihat pula.  Kenapa ye?  Tekak ni macam mencucuk peritnya.  Selsema pun semakin teruk.  Dah berkali-kali bersin.  Tolonglah, saya tidak mahu demam lagi :(

Sebentar tadi, melalui laman Twitter Pak Nil ada menyatakan hasil pungutan dari sms malam ini akan disalurkan kepada Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Hulu Langat.  Apa lagi, jom malam ini kita beramai-ramai AFUNDI Hazama (he....he...he...) banyak-banyak.  Tak sabar pula tunggu gambar-gambar bakal ditembak Fitrie di tempat kejadian.  

Ini sedang menonton Diari AF, aduhai...kenapalah Nera ni.  Macam tak layak sahaja menjadi peserta.  Bagaimana agaknya persembahan Nera malam ini.  Hmmm...saya tidak minat dia sebab dah jatuh hati pada Hazama.  Oklah, pusing-pusing cerita yang sama.  Bosan nanti yang membaca kelak.  Apa pun sebenarnya teruja dapat bersiaran di luar menggunakan khidmat WIFI yang disediakan pihak hotel..huh..huh..



nota:  sakitnya pinggang ni.  Bila nak baik pun tak tahu....  



No comments :

Post a Comment