Followers

Friday, June 7, 2013

::Selamat Pengantin Baru Farah::

Pertengahan Mei lalu, kakak Siti Cutie, Farah selamat melangsungkan perkahwinan setelah setahun mengikat tali pertunangan.  Kalau tak silap 12 Mei 2013.

Saya ke Ampang dari hari Jumaat lagi, membantu apa yang perlu.  Tak banyak mana pun.  Hari Jumaat malam Sabtu, tolong masukkan kuih muih ke dalam bekas buah tangan para tetamu.

Keesokkan harinya, datang petang.  Pagi ada majlis cukur jambul tapi kami tak turut serta.  Dalam 2 petang baru sampai Ampang untuk majlis pernikahan.

Tapi malangnya, saya diserang demam selsema.  Memang tak seronok langsung berada di tengah majlis tatkala badan tak sihat.

Dah macam tu, saya duduk di luar sahaja sambil melihat abang bekerja membantu tetangga lelaki berkemas.  Dia memang pandai bawa diri, tak perlu disuruh selesai makan terus sahaja hulur tenaga meski tak seberapa.

Selesai pernikahan, saya mencari ruang untuk berehat.  Selsema makin teruk, bersin selang seminit.  Masuk bilik Siti Cutie terus lelap.

Malangnya semakin menjadi-jadi.  Hajat dihati melihat majlis berinai berkubur bila saya terus sambung tidur sehingga jam 12 malam.
 
Itu pun Abang masih enggan pulang.  Ada kerja lagi katanya walhal I'm totally weak.  Nak tak nak kami pulang juga.  Esok ada majlis menanti.

Keesokkannya agak awal juga ke Ampang tapi tak ada nak buat apa sangat, jadi tetamu jelah.  Layan tetamu mana yang kenal sambil berulang makan lauk kenduri. 

Selesai dalam jam 5 petang terus tinggal majlis, Abang nak jumpa adik dia balik dari Johor Bharu.  

Semoga Allah panjangkan jodoh pasangan pengantin sehingga ke Jannah dan bahagia sentiasa!
 Seronok 2 beradik nak terima bapa saudara baru


Sebelum bergelar isteri orang





Picture of the day! Kadi sibuk bagi khutbah, dia tersandar keletihan terus tertidur
 Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz mereka sah bergelar suami isteri



 Orang kampung sibuk buat persiapan kenduri untuk esok hari.  Semangat berkampung masih tebal di jiwa mereka semua meski hidup di bandar


 Bergambar bersama Raja Sehari.  Semoga bahagia selamanya!




My aunties yang sempat singgah ke majlis persandingan
   Takmoh gaduh-gaduh ya ;)








nota:  jodoh pertemuan rahsia Allah...

No comments :

Post a Comment