Keseluruhan entri ini saya copy paste dari sebaran melalui email. Penulis sebenar pun saya tak tahu siapa tapi ada dinyatakan boleh sahaja disebarkan tanpa meminta kebenaran.
Siapa sahaja penulis itu, saya mohon kongsi ya. Hidup di dunia ni saling ingat-mengingati =)
Pernah
atau tidak dalam kehidupan seharian kita berjumpa dengan sesorang yang
sedang melakukan suatu kesalahan secara terang-terangan. Kemudian kita
menghampirinya dan dengan
cara terbaik kita menegurnya. Namun, dia membalas kembali "Ada Aku
Kisah?""Do I Care?"
Tentu diri ini terasa panas hati bukan. Niat kita
bukan untuk merosakkannya akan tetapi untuk menegurnya sahaja. Namun
dengan cukup berselamba dia membalas sedemikian.
Pernah
suatu ketika elok sahaja sahabat Brader menegur sepasang pasangan
remaja belum berkahwin sedang bercumbu di sebuah kompleks membeli belah
lalu dengan selambanya mereka membalasnya
"Bro, kita kubur nanti lain-lain,azab lain-lain, so apahal lu nak kisah plak."
Tersentak sahabat Brader dengar statement sedemikian. Nak saje dicilikan mulut budak tu. Nak je rasa cakap camni.
"Okay
adik, nanti adik dah mati, adik beli kain kapan sendiri, mandi sendiri,
kapan sendiri, masuk kubur sendiri, talkin sendiri dan segala serbi
sendiri-sendiri ah."
Kita
seharusnya sedar dan tahu bahawasanya diri kita ini adalah MANUSIA
bukan TUHAN. Kita harus sedar kita ini bukan TUHAN yang dapat menjamin
syurga bagi kita.
Sesungguhnya
fitrah sunnatullah MANUSIA itu sering terlupa. Hatta jika dibahsakan
semula perkataan MANUSIA itu sendiri, ia berasal dari dua kalimah Arab
iaitu Ma'(Air) dan Nasi(Lupa). Memang fitrah MANUSIA itu akan ada suatu
ketika beliau terleka dengan godaan dunia.
Oleh
itu, siapa lagi yang akan kembali mengingatkan kita jika bukan MANUSIA
lain yang sedang dalam keadaan sedar. Oleh itu sentiman ADA AKU KISAH
ini tidak sepatutnya wujud dalam keadaan yang sedemikian.
Ia
sepatutnya wujud dalam keadaan dimana kita sebagai MANUSIA yang sedar
bukan MANUSIA yang sedang leka. Kita yang sedar mesti berfikiran AKU
KISAH untuk kembali menarik
manusia menuju jalan yang lurus.
Jika ianya tidak berlaku, maka situasi
seperti akan dapat dilihat di merata tempat tanpa mengira golongan.
Sungguh telah disebut dalam suatu hadis dalam himpunan hadis 40 karangan
Imam Nawawi yang mana bermaksud,
"Siapa
yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan
tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak
mampu hendaklah dia mengubahnya
dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)
Sesungguhnya
kewujudan kita diatas muka bumi ini bukan untuk berseronok semata-mata
akan tetapi di dunia inilah medan utama kita menanam benih-benih
kebaikan yang akan membuahkan
hasil di masa akhirat kelak.
Dan kebaikan itu bukan sahaja boleh
ditanam melalui aktiviti-aktivit ibadah semata-mata malahan boleh juga
ditanam melalui aktiviti-aktivit muamalah(komunikasi manusia) seperti
hal yang diatas. Adakah syurga dicipta hanya untuk
diri kita seorang semata-mata. Pasti TIDAK jawapannya.
Oleh itu,
marilah kita bersama-sama muhasabah bersama-sama apakah kita golongan
lupa yang mengucapkan ADA AKU KISAH ataupun golongan sedar yang
mengucapkan AKU KISAH. Sebagai akhirnya ingatlah bahawasanya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara…..”
nota: kena ambil kisah juga...
No comments :
Post a Comment