As-salam dan saya mendoakan semoga Jumaat kali ini akan terus memberi barakah buat kita semua. Mesti semua pun dah tak sabar nak menamatkan hari bekerja dan berehat sepuas-puasnya :)
Baru hari ini tersedar yang saya tak puasa pun lagi barang sehari di bulan Rejab. Teruknya! Tahun lepas banyak hari juga saya berjaya lengkapkan.
KPI saya tahun ini benar-benar menurun. Semua akibat alpa dan ambil ringan :( Tahun lalu banyak hari saya berpuasa sunat termasuk bulan Rejab.
Tak cukup dengan itu, saya juga berjaya khatam Al-Quran pada bulan Rejab. Tahun ni, tak sampai tiga suku muka surat Al-Quran.
Kena segera bangun dari tidur lena. Seharusnya saya bergerak ke arah kebaikan tapi ini semakin mundur kebelakang. Saya salahkan diri 100%!
Jangka hayat Rejab sehingga minggu depan sahaja. Akan saya pastikan diri rebut peluang sementara ada. Kena kuatkan iltizam!
Rakan-rakan dah dapat berapa hari puasa untuk Rejab kali ini? Kalau belum lagi apa kata kita sama-sama mulakan, In Shaa Allah akan ada ganjaran menanti.
nota: harus naikkan semula KPI diri, selebihnya sandar pada Allah biar dia yang menilai...
No comments :
Post a Comment