Ala tiba-tiba tekak serasa gatal. Ada tanda macam nak kena batuk, selsema dan sakit tekak. Tak sukanya!
Hujung minggu ni ada kenduri kahwin, dan tentu-tentu makanan bakal dihidangkan sedap. Kakak Siti Cutie yang bertunang tahun lepas bakal melangsungkan perkahwinan.
Harap sangat tanda-tanda sakit ini hanya kerana kesibukan dan bergelut dengan segala habuk. Ditambah pula dengan berembun malam semalam. Tak boleh nak merungut, sendiri cari hal ;)
Okaylah, nak siapa siaga ke masjid. Malam ni Buah Hati mengaji, Mama & Papa dia sibuk hal kenduri bagai kenalah tolong.
Suka-suka singgah sebentar di sini. Nak memenuhi senarai entri meski tak ada apa menarik untuk diceritakan.
Eh, boleh pula mata tiba-tiba mengantuk, nampak sangat Syaitan bergayut-gayut. Nak pergi masjidkan. Inilah tanda insan yang lemah, mudah saja dirasuki..Ceh!!!
"Awas Ya Kamu Syaiton!"
nota: Salam Maghrib semua...
Take good care ya! :D
ReplyDeleteThanks dear..n million TQ 4 drop by ;)
Delete