Hidup di dunia tak salah kalau berangan, kadangkala dengan berangan kita menyimpan impian dan cita-cita untuk menjadikannya kenyataan.
Bila dah simpan angan-angan, sudah semesti akan menyuntik semangat untuk berusaha ke arah itu. Tapi kalau tak berjaya dicapai pun tak menjadi satu masalah, asal kita tidak pernah putus asa.
Meleret pula mukadimah, sebenarnya nak kongsi gambar sekeping sahaja. Gambar ini saya ambil sewaktu berada di Port Dickson dua minggu lalu kalau tak silap.
Sedang nyaman menikmati angin pantai, pandangan jatuh ke dua biji rumah betul-betul di tepi laut. Oh, rumah idaman!
Dari dulu saya sering berangan-angan mahu punya rumah di tepi pantai. Sentiasa dapat mendengar alunan ombak, desir angin membisik dan panah mentari yang terik. Sungguh mengasyikkan!
Saya amat suka dengan segala elemen berkaitan laut. Biarlah orang kata duduk laut kulit hitamlah, tak baguslah tapi ianya tetap menjadi pujaan hati jika dibandingkan dengan elemen hutan, sungai dan sebagainya.
Tapi sekarang ni mana ada peluang membina rumah di tepi pantai. Tanah pun sah-sah mahal harganya.
Tak takut kena Tsunami? Entah, kalau dah minat bukan fikir bahaya pun. Sedari kecil sering mengimpikan rumah sebegitu. Tak perlulah besar mana asal berada di tepi pantai.
Siapalah tuan empunya rumah ini ya? Pasti seronokkan dapat berumah di tepi laut. Dua biji pula tu, mesti tuan rumah punya hubungan sesama sendiri.
Hailah, seronoknya berumah di tepi pantai ;)
Nota: mulalah nak berangan lagi...
Semoga angan-angan jadi kenyataan ...
ReplyDelete