Followers

Tuesday, August 13, 2013

::Salam Eidul Fitri::

As-salam & Bismillahirrahmannirrahim...
 
Lamanya tak berkongsi rasa lantaran dihambat kesibukkan amat sangat serta kesihatan kurang memuaskan.  Tau-tau Syawal menjengah tiba.
 
Nanti-nanti saya kemaskini dengan pelbagai kisah yang ada, itu pun jika punya kesempatan.  Buat masa ini semua pun masih sibuk berhari raya kan?
 
Tapi tak adalah menarik sangat pun cerita, lebih kurang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.  Dah nama anak kota metropolitan, apalah yang menarik selain dari tiada kesesakan lalu lintas..hehehe...
 
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat sesiapa sahaja yang mengenali saya baik secara rapat atau pun melalui laman maya.  
 
Maafkan segala keterlanjuran kata, tingkah laku kurang menyenangkan dan apa jua kesalahan samada secara sengaja atau tidak.  
 
Saya hanya insan biasa, tidak lepas dari melakukan kesilapan.  Semoga Ramadhan yang lalu bukanlah terakhir buat kita semua dan keriangan Syawal ini akan sentiasa hangat dan riang.
 
Meski sudah Syawal ke-5 tapi masih belum terlambat lagikan?  Better than nothing right? ;)  
 
 
 Ikhlas dari saya, pemilik blog yang tak seberapa =)





nota:  tiada yang berubah...
 

2 comments :

  1. Selamat Hari Raya ... Maaf Zahir Batin ...
    Cam ner bizz Ramadhan tahun nie, ok ?

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya kembali..meh la dtg umah :) Biz Alhamdulillah,x menang tangan smpai jatuh sakit la kejap ari tu tp xde la merungut rezekikan...

    ReplyDelete