Sangat lama tak beriadah di depan laptop sementelah masih dibelenggu gangguan teknikal tak tahu bila akan selesai. Mujur Imotiv membantu saya untuk membaca blog rakan-rakan lain.
Jawabnya segala cerita tertunggak bakal tidak dikongsi di sini. Yalah, entah bila punya kesempatan untuk berlipur lara. Ini pun pinjam laptop Macho Man. Dah tinggal sebiji, jawabnya kongsi pakai secara adil.
GP punya komputer, tapi high-end sangat. Biasalah jenama Apple hanya untuk mereka bercitarasa tinggi as for me, cap biasa-biasa sudah jauh memadai.
Sepanjang bulan asyiklah keluar masuk rumah dan berkunjung ke hospital. Banyak perkara harus dilangsai. Siapa dan sakit apa tu, susah pula saya nak kongsikan di sini.
Insyallah sekiranya mendapat keizinan dari tuan empunya badan, apa salahnya. Tapi kalau dia tak beri, kenalah hormat hak privasi masing-masing. Tak semua orang selesa bercerita perihal peribadi.
Sana-sini sibuk merungut kenaikkan tol. Malas dah nak cakap apa pun. Jeritlah sekuat hati pada telinga Pak Menteri, naik tetap naik. Mereka bukan terkesan dengan kenaikkan tersebut. Dapat kereta baru lagi adalah!
Kita ni yang terpaksa berhadapan dengan realiti. Nak guna jalan tanpa tol?! Meh sini siapa yang bertutur sedemikian, saya bawa jalan tanpa laluan tol lepas tu tepuk dada tanya otak yang mengeluarkan idea sebegitu. Wajar atau tidak bercakap sebegitu rupa?
Agak-agak lepas ni apa pula yang akan naik? Naikkan sahaja semua yang ada. Tak apa, rakyat Malaysia kaya-raya. Mampu lagi nak tanggung kos kehidupan semakin tinggi. Bukankah Malaysia makmur?
Apa yang berlaku, senyumlah sampai ke telinga. Keperitan simpan dalam hati dan terus berdoa. Jika benar saat ini kita rakyat sedang dizalimi, harap-harap mereka akan dapat pembalasan setimpal. Seandainya tidak di dunia, di akhirat pasti menanti.
Penatlah nak cakap apa yang berlaku di Malaysia setakat ini. Yang pasti semuanya mengecewakan. Konon nak jaga kebajikan rakyat, nampaknya itu semua sekadar janji tinggal janji.
Secara peribadi, saya tidak percaya apa dijanjikan waktu musim pilihanraya. Mungkin ramai akan mengutuk saya selepas ini. Tak ada satu pun yang saya percaya.
Dan lihat hasilnya. Tak sampai setahun, pesta naik harga! Apa nak cakap lagi, tunggulah lima tahun dari sekarang. Waktu tu baru berlumba-lumba nak turunkan segala harga, nak raih undi.
Better stop sebelum banyak lagi ayat-ayat kecewa mewarnai entri ini. Sekarang kepala ligat memikirkan masa depan anak bangsa. Di mana mereka 20 tahun akan datang? Bakal melukut di tepian gantangkah?
nota: malas dan bosan....
No comments :
Post a Comment