Followers

Tuesday, December 10, 2013

::Musibah Banjir - Muhasabah Diri::

Umum mengetahui betapa teruknya musibah banjir kali ini terutama di Kuantan, Pahang.  Lebih dari 40k mangsa kediaman terjejas teruk penangan hujan tanpa henti selama berhari-hari.

Tak dapat bayangkan keadaan saudara kita di yang sedang diuji dengan bencana alam sedemikian.  Letak diri kita di tempat mereka, apa yang akan kita rasai?

Inilah kehidupan di dunia, tidak pernah akan terlepas dari diuji.  Saya muhasabah diri.  Di saat Allah uji saya dengan 1001 kepayahan, betapa seksanya mereka pula menahan ujian Illahi.

Walau seteruk mana, saya masih lagi punya tempat perlindungan, makan pakai masih rapi tersusun, kemudahan bersosial tidak tergugat.  Mangsa banjir saat ini?  Hanya mampu merenung jauh membayangkan segala harta benda musnah.

Bila dilanda musibah, tanggungjawab kita menghulur bantuan mana termampu.  Paling tidak hulurkan doa setulus ikhlas semoga Allah sentiasa melindungi saudara kita dan terus menyuntik semangat kekuatan hadapi ujian.

Sana-sini di laman sosial dan media elektronik war-war keperluan segera bantuan.  Hati terpanggil untuk turut serta membantu.  Kebetulan pada Ahad lepas satu lokasi pengumpulan barangan bantuan berhampiran rumah.

Apa lagi, terus berkobar-kobar.  Sementelah mereka tidak mahu bantuan kewangan tetapi lebih kepada keperluan asas dan makanan kering, saya terus sebarkan dikalangan ahli keluarga dan teman rapat untuk turut serta.

Secara jujur, dalam dompet bukan ada duit banyak mana pun.  Setakat nak beli barang 2-3 jenis bolehlah, nak bagi lebih memang di luar kemampuan.

Semangat nak tolong punya pasal, saya offer buka tabungan sesama sendiri.  Maknanya sesiapa sahaja di antara kami nak chip ini duit tak kira berapa ringgit pun waima sepuluh sen diterima.

Hasil duit terkumpul saya akan belikan barangan yang sangat diingini.  Makanya selain dari wang ringgit saya offer sedikit tenaga tak seberapa.  Alhamdulillah, dapat juga kumpul hampir RM300.

Mostly from my family members and closed friend.  Ada seorang sahabat tu hanya mampu hulurkan less than RM10 tapi semangat membantu berkobar.  Walaupun sedikit dia tetap menyumbang, betul tak?

Pakaian terpakai pun saya berjaya kumpulkan juga.  Tak banyak mana sebabnya ramai dah beri waktu saya join program #shoptilludrop tempoh hari.  Saya sendiri tiada apa boleh didermakan.

Seronok tak terhingga bila saya dapat buat sesuatu, walhal hari yang nak beli barang tersebut saya  diserang gastrik melampau.  Gagahkan diri juga keluar membeli, amanah orangkan.

Bila dah selamat deliver, seronok tak terhingga.  Siapalah agaknya yang dapat bungkusan kami ini.  Semoga nilai tak seberapa ini mampu membawa keriangan di hati mangsa.

 Antara makanan kering yang berjaya dibeli seperti biskut kering, maggi, air mineral, sardin dan susu cair.  Tuala wanita pun ada juga!


Terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia.  Sewaktu menghantar bantuan, beratur lori-lori besar untuk bawa hasil sumbangan.  Sikap sebegini yang sangat kita perlukan. 


Terfikir macam nak berterusan melakukan charity pula.  Banyak lagi masalah di luar sana menuntut keprihatinan kita yang mampu ini.  Mula dari kecil, Insyaallah dengan niat dan usaha Allah permudahkan segalanya.

Macam Telekung Project yang pernah saya kongsikan perihal mereka, bermula dengan wakaf telekung sahaja pun.  Alhamdulillah, sekarang dah establish dan banyak program charity berjaya dilaksanakan.

Tengoklah, kalau ada rezeki saya kongsikan di sini apa yang menarik untuk kita menyumbang balik kepada komuniti.  Mana tahu ada di antara yang membaca blog saya berminat turut serta.

Nantilah nak tanya adik-beradik dan keluarga apa yang boleh kita usahakan.  Terus terang kalau bicara soal wang, memang belum berkemampuan.  Tapi sumbangan tidak hanya tertumpu pada nilai ringgit sahaja, betul tak?

Berbalik pada musibah banjir yang melanda, khabarnya keadaan semakin pulih.  Cuaca pun nampak baik 2-3 hari ini.  Ada mangsa yang sudah pulang ke rumah dan memulakan sesi kemas rumah.

Teringat pula episod banjir melanda Ampang dan keluarga mertua Macho Man antara mangsa musibah.  2 minggu tak selesai kemas rumah.  Barang rosak jangan cerita, hampir kesemua tidak boleh digunakan lagi. 

Mari kita sama-sama berdoa semoga musibah banjir ini tidak akan kembali buat kesekian kalinya dan muhasabah diri betapa malang tidak mengenal siapa diri kita.





nota:  Gaza pula disaluti air...

  
 

2 comments :