Walau tidak merancang secara rapi, setiap kali masuk tahun baru pasti ada resolusi disenaraikan meski kebiasaannya setakat melakar azam sahaja. Masuk bulan ketiga, semua hilang entah ke mana.
Baru saya perasan, tahun ini saya tidak meletakkan azam untuk kurus atau menurunkan berat badan. Walhal setiap tahun, azam tersebut sentiasa renew.
Dah malas dan penat untuk letak harapan barangkali kerana itu tidak endah sangat dengan agenda menurunkan berat badan. Janji sihat!
Semakin berusia semakin dapat menerima kenyataan. Tak semua kita ingini bakal bertukar realiti. Tapi kalau usaha berlipat ganda, tiada yang mustahil.
Jenis orang pemalas nak gigih berusaha turunkan berat badan beginilah gayanya. Cuba 5% bertahun-tahun, 95% effort balance give up...hahahha...
Jenis orang pemalas nak gigih berusaha turunkan berat badan beginilah gayanya. Cuba 5% bertahun-tahun, 95% effort balance give up...hahahha...
Sesiapa yang berazam untuk mendapatkan berat badan ideal, jangan sampai berputus asa seperti saya. Giatkan usaha! Berat badan penting dalam mengekalkan kesihatan diri.
As for me, asal in a good shape dan kesihatan great cukuplah. Makan harus dijaga juga, nanti merana kelak.
nota: gembira walau gemuk...hehehe...
As for me, asal in a good shape dan kesihatan great cukuplah. Makan harus dijaga juga, nanti merana kelak.
nota: gembira walau gemuk...hehehe...
No comments :
Post a Comment