Followers

Sunday, February 9, 2014

::Maharaja Lawak Mega 2013::

Dah masuk Februari, entri di blog masih sendu.  Semangat masih belum stabil meski laptop sudah dibaik pulih.  Masalahnya software pula belum ada.  Payah juga nak edit gambar.

Semalam berlangsung Final Maharajalawak Mega 2013.  Confirm semua terpacak di depan kaca TV, mahu menghibur hati sambil berteka-teki siapa bakal menggodol hadiah lumayan.

Keputusan sudah pun kita ketahui, Sepahtu berjaya menjadi juara.  Which I guess they won due to popularity not on content.  Tak bersetuju, its okay.  Pendapat masing-masing.

Sedari awal bila Kumpulan Sepahtu menjadi peserta, saya membayangkan mereka bakal menjadi pemenang epik.  Menang dengan penuh bergaya dan selayaknya memegang mahkota juara.

Sayangnya, dipertengahan program prestasi merudum.  Lawak disajikan tidak lagi menyengat.  Samada kekeringan idea atau pun masalah keserasian, tetapi dulu mereka bertiga juga.

Hari tu ada terbaca surat terbuka buat Jepp Sepah di FB.  Katanya kenalan lama yang kecewa prestasi Sepah menurun dan ianya berpunca dari ketiadaan Mamat.  Wallahualam!

Malam tadi, persembahan Sepahtu bertaraf biasa sahaja.  Tapi adalah momen menarik yang boleh capture penonton.

Melihat pada persembahan keseluruhan saya mengagak samada Shiro dan Bocey bakal membuat kejutan.  Lagi pula mereka sangat konsisten sepanjang pertandingan.  Setiap minggu membawa cabaran ke satu tahap lebih tinggi.

Dunia lawak perlu pelapis berpotensi dan mereka antara layak menerajui dunia lawak Malaysia tapi harapnya mereka tidak selesa dengan apa yang dah ada.  Terus memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Saya agak kecewa bila Nabil tidak mampu terus konsisten setelah memberikan persembahan terbaik di awal-awal minggu and he deserve the place :(

Jangan tak tahu saya penyokong Nabil dari zaman Raja Lawak lagi.  Melihatkan kebolehan melawak secara solo dan mampu menggeletek hati penonton, itu sudah cukup baik.  Satu kepala tidak sama dengan dua atau tiga kepala ya!

Tak pasti samada Nabil keputusan idea atau dia terlalu sibuk dengan kerja seharian sehingga menjejaskan persembahan saban minggu.  Ingatkan Nabil mampu memberi saingan sengit pada peserta lain.

Apa pun, meski  Nabil did not nail me during final and week before but I will support him along his career as comedian.  Cuba kita fikir siapa sahaja yang boleh berlawak secara bersendirian?  

Am not fan of Jambu since day one.  Bukan tak best, bukan juga best.  That's how I feel.  Lagi pula, saya agak kurang gemar lawak ala Jambu.  Tapi bila menonton ada yang mencuit hati gelak juga :)

Lumayan benar hadiah ditawarkan.  Mesti Astro untung banyakkan?  Main sponsor Daia pun making money.  Rezeki masing-masing.  Tengok tu, hanya dengan melawak mampu hidup senang tau!  

Next year siapa pula contestant bakal bertanding.  For sure Sepahtu tak akan berada di dalam senarai melainkan mereka menambah ahli atau keluarkan ahli sedia ada.  

Agak-agak Nabil nak bertanding lagi tak?  Ada desas-desus mengatakan ini pentas terakhir buat dia, setelah asyik dikecam saban minggu.  Macam merajuk sahaja bunyinya.

Terima kasih Maharajalawak Mega 2013 kerana telah menceriakan setiap malam Sabtu kami.  Lepas ni, harap peserta masa akan datang akan lebih bersedia dan memberikan persembahan lebih baik dari sebelumnya




nota:  rindu pula lawak Jozan...


3 comments :

  1. Akak sama mcm sy... tak berape gemor kan jambu.. lawak merepek takde moral of the story. Sepahtu, sy dah bosan dgn lawak diorg... shiro, besttt lawak sgt... nabil, dia mmg legend la... susah kot nk bt lawak sensorang... bocey, terbaekk! tapi tak femes kannn, so payah sikit nk jd juara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penonton skrg da bijak..akak rasa ramai bsetuju dgn pendapat kita tp biasa la org mcm kita ni mana ade nk ngundi...hehehe...

      Delete