As-salam...Dah lama tak ke udara, rasa canggung pula untuk berkomunikasi. Sebenarnya baru sahaja pulih dari demam. Kepala+badan semua masih rasa berat dan lemah-lemah. Biasalah, sakit ni sekali datang macam ribut, nak baik ibarat semut jalannya.
Tapi bila baik sahaja demam, selera makan Masyaallah...Semua ada depan mata, kalau boleh nak dibaham. Tak beragak teringinnya. Bahaya betul! Sakit hilang 2-3kg, dah sihat nai berganda-ganda. Risaunya!!
Hujung minggu ni Aidil Adha. Boleh saya terlupa! Inilah simptom orang duduk di rumah, bab tarikh tak kira apa pun. Tau, hari ni Isnin, esok Selasa sampailah ke Ahad pastu masuk balik Isnin.
Mulai esok bermakna lagi sebulan sahaja lagi 'hari besar'. Persiapan macam tak ada apa-apa pun. Bukan tak risau tapi entah, rasa biasa sahaja. Masih belum sampai tahap menggelupur..hehehe...
Semakin dekat, semakin banyak pula tugasan menanti. Inilah namanya dugaan. Bila sebut bab dugaan, cabaran bagai rasanya tahap ujian saya masih lagi paras minimal. Ada yang saya dengar sampai mengarut-ngarut jadinya. Minta dijauhkan semua tu, Insyaallah.
Tapi ada juga perkara-perkara yang merisaukan. Harap sangat dengan doa dan bantuan dari Allah SWT, ianya boleh diselesaikan dan berjalan seperti dirancang.
Eh, hari ni kertas ulangan UPSR ya? Ke semalam? Kasihan adik-adik Tahun 6, mesti kusut kepala memikirkan perkara-perkara belum selesai. Kalau saya pun kalut juga.
Maunya tidak, waktu mula-mula exam kita dah keluarkan habis apa yang berat dalam kepala, sekali tak dikira. Sakit hati oooo!! Tapi saya terfikir juga, perlu ke sampai ke tahap ulang peperiksaan?
Benar, soalan bocor tapi siapa sahaja yang dapat soalan tersebut? Satu Malaysia ke yang dapat soalan bocor? Saya tak follow sangat isu UPSR hari tu, mungkin ada info tidak lengkap dalam kepala saya.
Cumanya, jika sedikit sahaja murid peroleh soalan bocor rasanya tak perlu ulang semula. Bagi negeri / kawasan tersebut, naikkan skim permarkahan dari biasa atau mereka sahaja yang ulang peperiksaan.
Betullah tak adil, tapi UPSR sahaja pun. Kalau SPM saya faham juga kerana ianya penentu masa depan. Mereka yang galak menggunakan soalan bocor bukan selamanya bijak pun. Sampai masa akan terserlah juga tahap IQ sebenar.
Melalui pengalaman, keputusan UPSR tidak boleh dijadikan kayu pengukur kejayaan. Ramai sahaja rakan sekolah saya keputusan darjah 6 mereka tidak cemerlang tapi hari ini dahsyat kerjayanya.
Sebahagian dari kami yang boleh dikatakan cemerlang pun tak boleh tandingi mereka yang pernah terkandas satu waktu dahulu. Yalah, UPSR kan stepping stone. Bila tak dapat flying colors, pada yang punya kesedaran mesti bangun berusaha.
Berapa banyak Kerajaan rugi hanya untuk peperiksaan semula ini? Ada hari tu saya terbaca perihal seorang murid tahun 6 tidak akan menduduki UPSR ulangan kerana jadual penerbangan menunaikan Haji telah sah. Kasihan adik tu!
Tolonglah! Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Apa agakya yang mereka peroleh menyebarkan soalan bocor ni? Jika ada yang membeli, BODOH juga ya! Macam yang saya kata tadi, UPSR je kot!!!!
Apa pun, semoga adik-adik yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini tabah dan mendapat ketenangan sewaktu menjawab soalan. Insyaallah, mungkin jawapan diberikan kali ini lebih baik dari hari tu. Sekurang-kurangnya adik-adik dapat perbaiki kesilapan sewaktu menduduki peperiksaan sebenar tempoh hari.
Dah melalut ke isu UPSR pula. Biasalah, bila agak lama jemari tidak menari inilah natijahnya. Merepek mengikut alunan malam yang dingin. Bila-bila senang saya sambung lagi ya!
Wasalam.....
nota: musim hujan...
No comments :
Post a Comment