Sangat lama diam seribu bahasa. Masa sangat-sangat mencemburui ruang waktu sedia ada. Bergerak seolah tidak berpijak di bumi nyata. Seharian berlari ke sana sini.
Clock is ticking! Semakin menghampiri hair ITU. Banyak perihal mahu dikongsi sama, apakan daya mengah sentiasa menyungkurkan diri. Bukan rebah tidak bermaya cuma perlu senafas untuk sambung berjalan.
Insyaallah, akan kembali jika diberi kesempatan. Buat masa ini, hanya mampu membaca mana-mana blog sering dikunjungi. Meninggalkan jejak pun sudah lama tidak buat tapi bila sedikit masa terluang tetap baca :)
Hujung minggu nan permai, namun sudah punya tugasan dan agenda menanti. Mungkin sasaran waktu hingga ke hujung malam. Saya doakan rakan-rakan gembira di hujung minggu dan khabarnya ramai sambung cuti sehingga hari Selasa.
nota: pening lar....
No comments :
Post a Comment