Followers

Tuesday, September 21, 2010

D.E.M.A.M.

Baru menyimpan niat di hati untuk sentiasa update di sini, tiba-tiba demam menyerang.  Angan-angan tinggal impian.  Ingatkan bila tidak sihat pada penghujung Ramadhan hari tu, makanya pasti kesihatan akan kembali pulih seperti biasa.  Rupanya-rupanya tidak.  Atau adakah badan saya terkejut kerana setelah sekian lama tidak menjengah ke pejabat, baru semalam kembali memunculkan diri.  Apa pun, saya tidak putus-putus berdoa moga kesihatan saya akan kembali ke tahap biasa.  Penat sebenarnya sakit-sakit ni.  Buat apa sahaja sering rasa resah gelisah.  

Sedar tak sedar, telah separuh perjalanan kita meniti keindahan Syawal.  Terlalu pantas masa berlalu.  Jika zaman kanak-kanak kita sering merindui Syawal, lantas tidak sabar-sabar menantikan kedatangannya pada tahun-tahun berikut.  Tetapi apabila di usia begini, secara jujur dan ikhlas saya amat merindui pelukan Ramadhan.  Entah kenapa bila Ramadhan mula menjauhi terasa sebak di dada seolah tidak akan bertemu kelak dengannya.  Moga Allah panjangkan umur saya agar terus dapat menghirup udara Ramadhan serta keberkatannya pada masa-masa akan datang.

Di luar cuaca mendung menyelubungi keadaan muka bumi di sekeliling saya.  Seolah memahami keadaan saya yang melibang libu dek penangan tidak sihat ini.  Abang juga sedang berada di dalam keuzuran yang rasanya di tempah sendiri olehnya.  Itulah, kalau susah nak dengar nasihat orang terpaksalah berhadapan dengan risiko.  Tetapi apa pun, Alhamdulillah katanya dah ada tanda-tanda kembali pulih.  Dia lelaki, selalunya kaum mereka ini kuat semangatnya berbanding kita-kita ini.  

Sebelum mengakhiri post ini, saya selingkan gambar raya saya sekeluarga buat tatapan teman-teman tersayang.  Saya sayang dan bangga memiliki mereka di dalam hidup saya.

 
 nota:  tiba-tiba buah hati menangis tanpa henti-henti...siannya dia!!!

No comments :

Post a Comment