Followers

Friday, December 30, 2011

::Jejak Pertama Kali::

Ada masa, jom masukkan cerita yang bergambar.  Memang nekad hendak masukkan entri ini sebelum penutup 2011 sebagai kenangan.  Dalam dua minggu lepas, jika tak silap kami berangkatan ke sebuah tempat berada di Mukim Batang Kali.  Kali pertama buat kami yang turut serta, kecuali Macho Man.

Jika diberi keizinan Allah SWT serta ada rezeki kami, di kawasan sanalah akan menjadi periuk nasi kami, Insyaallah.  Berdoa sangat moga Allah mempermudahkan segalanya.  Di mana dan apa yang sedang diusahakan, biar waktu sahaja yang bercerita.  Segalanya belum terjadi, tak elok dicanang satu dunia.

Selepas melakukan lawatan, kami singgah pula ke Kolam Air Panas yang tidak berjauhan dari tempat tersebut.  Setakat menjamu mata dan melihat gelagat pengunjung.  Tidak berniat pun untuk lama di sana mahupun membasahkan badan.  Lepaskan lelah barang seketika sambil posing-posing, terus berangkat pulang.  

Harus cepat kerana kami berkejaran ke One Utama, tiket wayang Chipmunk telah pun dibeli khusus buat Buah Hati pengarang jantung.  Dia penggemar tegar filem tersebut =) .  Syukur Alhamdulillah kami dapat menjejakkan kaki ke sana, sedangkan selama ini mendengar ceritera sahaja dari Macho Man.  Jom layan gambar yang tak seberapa nak ada...


Seperti biasa, kami ke sana dengan dua buah kereta dan adalah wajib bagi Buah Hati untuk naik bersama saya =)  Manja dengan 'Uncle Bob' katanya.  Apa yang pasti, I-Phone tak renggang dari tangan


 Kami di Kolam Air Panas Batang Kali.  Mama menyorok di belakang, malu kononnya.  Buah Hati apa lagi, berkepit dengan Uncle dialah.  Bukan senang nak ambil gambar anak teruna nan seorang itu


Leka menikmati aiskrim.  Dah besarkan dia.  Rindu saat dia kecil dahulu, terutama teringatkan keletah manjanya.  Tak lama lagi, nak peluk Along pun dah malu..huh..huh..



Saje nak meniti atas batu, walhal boleh sahaja dia ikut jalan biasa.  Budak sukakan cabaran beginilah lagaknya



Posing di tengah jalan.  Bolehlah dari tak ada langsung.  Jurugambar seperti biasalah, memang takkan ada pun gambarnya di mana- mana..he..he..he..



 Manje Iyash dengan Acunya, Ayu Bam Bam.  Comel je dua-dua.  Mengintai dari celahan tingkap...




 Muka kepenatan setelah selesai meneroka kawasan.  Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, Insyallah



No comments :

Post a Comment