Kebelakangan ini kerap sangat dengar berita perompak memasuki kediaman. Ada mengikuti beberapa blog yang menceritakan pengalaman ngeri mereka berhadapan dengan situasi sedemikian. Terbaru, artis Wardina pula dirompak. Ya Allah, minta dijauhkan perkara sebegini dari kami sekeluarga. Cukup-cukuplah dugaan yang diturunkan selama ini.
Kita sentiasa dinasihat berjaga-jaga. Banyak tips telah diberi dan diwartakan dalam mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Cari sahaja di laman sesawang, semuanya berguna dan boleh diguna pakai. Ambil langkah pencegahan sebelum menjadi mangsa, biarlah rugi sedikit asalkan tiada nyawa melayang kelak.
Selain itu bagi rakan beragama Islam tak salah kita mengamalkan doa berkaitan. Memohon dari Allah supaya dihindarkan dari menjadi mangsa rompakan. Allah sentiasa mendengar doa hambanya. Di sini saya kongsikan bersama sepotong ayat untuk dijadikan amalan. Insyaallah, kita mampu terhindar dari perompak durjana.
Info saya peroleh dari laman sini iaitu blog mari-beramal. Moga dengan cara alternatif ini ia mampu membantu kita menjad mangsa rakus manusia zalim di akhir zaman. Wallahualam
nota: dalam apa jua keadaan Allah itu ada
As Salam,
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat berguna ini.
Semoga diberkati
Waalaikumussalam,
DeleteAlhamdulillah,bguna juga apa dikongsikan di sini..Terima kasih sudi datang ziarah ya..