Antara isu yang minat orang ramai hari ini pastinya kisah Umi Hafilda (UH) vs Azwan Ali (AA). Terpampang di muka depan Harian Metro berkenaan laporan polis di buat UH kerana rasa diancam dengan kenyataan AA di laman Twitter yang berbaur ugutan.
Nak komen lebih-lebih pun rasanya ramai telah memberikan pendapat. Siapa tidak kenal dengan mereka berdua tetapi kadangkala terlalu banyak sandiwara yang saya kira diperbesarkan. Apa pun, kebenaran hanya mereka dan keluarga mereka sahaja ketahui.
Tidak menyokong mana-mana baik UH mahupun AA kerana kedua-duanya tidak pernah memasuki senarai orang yang saya minat, tetapi petang tadi melalui satu temuramah khas dikhabarkan kedua beradik ini telah berbaik dari persengketaan berpanjangan dan AA sendiri katanya telah berjanji tidak lagi akan memberi sebarang komen terhadap adiknya dan juga isu politik.
Sebagai balasan dan menghormati keputusan AA, adiknya pula akan menarik balik laporan polis yang telah dilakukan terhadap abangnya serta UH turut berharap seorang lagi abangnya akan kembali ke pangkuan keluarga.
Baguslah, sekurang-kurangnya hubungan kekeluargaan telah kembali bercantum. Ikhlas atau tidak, segalanya tersimpan di dalam hati. Kita mendoakan mereka baik-baik sahaja dan tak perlu lagi untuk menunjukkan kelantangan bersuara.
Harapnya selepas ini tiada lagi drama hidup kerana sebagai pemerhati, sudah semakin bosan dengan segala macam drama kehidupan yang tidak sepatutnya berlaku. Moga tiada siapa bersikap plastik lagi selepas ini.
Imej diambil melalui Google Image, dari laman web http://www.kl-today.com Kalau nak baca lebih lanjut boleh klik di sini
nota: tiada yang mustahil di dunia..
No comments :
Post a Comment