Minggu lepas kalau tak silap terperasan satu perkongsian di Facebook mengenai Kalender 2015 yang punya cuti hujung minggu panjang sebanyak 11 kali.
Alamak, 2014 tak habis sudah intai kalender tahun baru! Tapi menarik juga terutamanya bagi rakan-rakan yang ingin merancang percutian, mungkin 2015 adalah masa terbaik. Kurang sikit usik cuti tahunan.
Untuk mereka bekerja sendiri seperti saya, tak adalah ghairah mana. Bolehlah sekadar perkongsian. Seronok juga melihat kawan-kawan belek kalender.
Dulu waktu makan gaji, saya pun begitu juga. Tak sabar bertemu cuti umum, boleh rehat puas-puas. Boleh rancang jalan-jalan cuci mata.
Saya ambil dari FB. Klik pada imej jika kurang nampak.
Eh, tahun depan raya pertengahan Julai ya? Ialah, tahun ni hujung bulan 7, tahun berikut anjak ke hadapan lagi. Harus ganti puasa segera, kalau tidak senang terbabas.
Belum berkesempatan berpuasa enam. Harap-harap punya peluang tersebut. Ganjaran pahala percuma bukan senang nak peroleh. Dah ada ruang, apa lagi sambar segera!
nota: siapa tak suka cuti?!
No comments :
Post a Comment