Saban tahun bila Ramadhan, saya antara paling seronok kehilangan kilo di badan. Bukan sekilo dua, lebih dari itu. Mahu tak senyum sampai ke telinga! Ditambah pula letih buat kuih, memang meriah angka di penimbang.
Sebab itu kalau tempah baju sebelum puasa, confirm bila sarung akan ada masalah. Suka atau tidak haruslah juga tunggu baju dibaik pulih. Ketatkan mana perlu.
Masalahnya, tuntutan nafsu sejak 1 Syawal boleh mengakibatkan angka hilang naik berganda-ganda. Tak sampai sebulan, diri di depan cermin dengan perasaan bercampur baur.
Risau juga ni, tadi panjat mesin penimbang sudah ada tanda-tanda kenaikkan secara agresif. JANGANLAH!!! Ada misi harus disempurnakan dalam tempoh kurang dari tiga bulan.
Selain supplement dari Shaklee saya berusaha kawal nafsu makan menggebu. Seboleh mungkin elak makan nasi dan makanan berat. Harap-harap supplement+displin bisa bantu misi penurunan berat badan.
Anda semua macamana? Banyak tak kehilangan kilo? Musim-musim raya jangan terlalu ghairah. Nampak semua di mata teringin mencuba walhal padah menanti seandainya mengikut nafsu.
Agak-agak dapat ke berat badan ideal? Tak apa, janji kita usaha!
nota: sangat gemuk...
No comments :
Post a Comment