Sebulan lebih juga blog ini kesepian tanpa sebarang perkhabaran. Biasalah, bila masuk Ramadhan, tak cukup tangan jadinya semata menyempurnakan segala tempahan.
Alhamdulillah, sudah tiga tahun menjual masih mendapat tempat di hati pembeli. Secara am, mereka yang membeli adalah customer tahun-tahun sudah. Terima kasih tak terhingga di atas kesudian membeli POPIAH SIRA SAMBAL.
Bila dah terlalu lama, canggung pula nak bersiaran. Pusing keliling mencari idea perkongsian. Nak borak kisah-kisah yang dah berlalu serasa tak releven. Azam pandan ke hadapan katanya..hehehe...
Tak adalah, boleh sahaja berkongsi cerita, cumanya tak tahulah ingat lagi atau tidak. Bukan ada simpan bahan bukti pun.
Tapikan, Ramadhan kali ini saya rasa pantas benar peredarannya. Tup-tup Syawal menjelma. Sejujurnya saya tidak punya ruang rehat mahupun lebihan masa. Akhir zaman benar dah ni.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan MINNAL AIDIL WAL-FAIZIN buat semua yang mengenali secara nyata dan juga di laman maya. Andai tutur kata saya bisa menyinggung dan merobek hati, sepuluh jari saya susun mohon kemaafan.
Saya manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesalahan dari sekecil-kecil kuman sehinggalah sebesar-besar gajah (eh, ada yang besar lagi dari gajahkan?!) Apa pun, saya dengan rendah hati memohon maaf di atas segala-galanya.
Lengkap sekeluarga, di pagi Syawal. Alhamdulillah! Moga Allah beri keizinan untuk meraikan seperti ini di masa hadapan.
Insyaallah, nanti sambung berbual kisah Syawal. Alamak, tak ada gambarlah! Cerita kosonglah nampak gayanya. Kenapalah berat sangat tangan ni nak click-click?!
Hari ini Syawal ke-9 dan kebanyakkan dari kita sudah kembali ke rutin harian. Hujung minggu adalah waktu sangat dinanti, jemputan rumah terbuka bersilih ganti. Buncitlah kembali perut.. hahaha...
nota: Syawal sangat bermakna...
No comments :
Post a Comment