Followers

Tuesday, November 18, 2014

::Misi Mencari::

Di Malaysia kita sangat beruntung, cakap sahaja nak makan apa terus google dapat.  Kepelbagaian bangsa memberi kelebihan untuk pilih apa sahaja jenis makanan.  Janji halal!

Nak kata suka sangat tu tidaklah, tapi sebelum ni kami sekeluarga biasa makan steamboat di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail.  Sedap dan affordable.  Kalau kata steamboat terus tuju ke sana.

Malangnya, sebelum bulan puasa hari tu dah tutuplah pula.  Aduhai!  Di saat sedang teringin dah tak tahu nak tuju ke mana.  Randomly nak ke restoran-restoran sedia ada cuak pula.  Bimbang tak sedap.

Harga pun, hmmm...boleh tahan juga.  Rasa tak berbaloi hendak mencuba especially bukan semua dari kami gemar steamboat.  Rugi pula bila bayar sederap tapi tak makan sangat.

Ni tengah hunting mode.  Tak tahu nak hala ke mana.  Biasalah bila ada bakal ibu di rumah, kehendak harus dituruti.  Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Sitie Cutie melalui fasa berpantang.

Any idea?  Tempat mestilah family oriented sebabnya ada budak.  Walau pun tak ramai tapi 3 orang mewakili 9 orang tenaganya.  Range price?  Kalau boleh less than RM30/per head.  Dapat yang own pot lagi best.  Ikut selera sendiri.

Harap-harap dapatlah kami penuhi impian ibu mengandung.  Kalau tak dapat apa yang mencapai piawaian kami, nampak gaya kenalah ke restoran yang agak terkenal.  Terpaksalah keluar lebih sedikit simpanan di poket.





nota:  teruskan mencari...

2 comments :

  1. misi mencari makan memang meletihkan...kadang2 dapat yang memenuhi standard tekak...kadang2 jauh berbeza dgn yg kita bayangkan...hehehe..
    moga dah jumpa apa yang dicari....

    ReplyDelete
  2. Ieda Abdullah, tu lah...selera masing-masing..bukan senang nk puas..dah dpt tp s usual overrated..mmg skali je la ke situ...Anyway thnks ya singgah :)

    ReplyDelete