Followers

Saturday, November 22, 2014

::Musim Tengkujuh Kembali::

Penghujung tahun sama seperti tahun sebelum, menjelang petang hujan membasahi bumi.  Ada masa sekali dengan ribut petir.  Dah biasa dengan keadaan sebegini dari dulu lagi.

Kasihan bila melihat saudara kita di Terengganu.  Kali ini, negeri penyu pula menerima musibah banjir.  Bukan tak pernah kena cuma rasanya tahun ini sedikit teruk.

Saya belum pernah menjadi mangsa banjir tapi perit getir berdepan bencana alam sedemikian dapat saya selami sementelah keluarga Siti Cutie pernah kena pada tahun 2012.

Hari tu ada tengok rakan di FB kongsi gambar keriangan anak-anak bila musim banjir.  Sesuai ke menikmati keseronokan?  Entahlah, saya seriau sebenarnya.  Bimbang sesuatu tidak diingin berlaku sehingga mengundang maut.

Mungkin saya tipikal.  Yalah tak pernah rasakan, tapi tak salah berjaga-jaga.  Lagi pun air banjir bukan bersih.  Tak baik untuk kesihatan kanak-kanak.

Di KL memanglah tak ada banjir tapi bila hujan mencurah banyak buruk dari baik terutamanya menjelang petang.  Kalau selalu boleh sampai rumah dalam tempoh 30 minit, musim tengkujuh ni boleh jadi satu jam ke satu jam setengah.

Program waktu petang semua ditunda ke satu waktu sesuai.  Semasa majlis perkahwinan saya hari tu pun risau juga.  Takut-takut hujan turun tidak mengikut masa sepatutnya.  

Alhamdulillah, selesai majlis barulah titisan air menderu turun.  Proses mengemaslah sedikit terganggu tapi apa pun itu semua kenangan.  Cuaca sangatlah merestui, panahan terik langsung tidak muncul.  Bersanding pun rasa nyaman!

Khabarnya negeri Kelantan sudah diberi peringatan untuk bersedia menghadapi bah.  Memang mereka sudah lali, tapi kasihan jugakan.  Hujung tahun sahaja kena mula menyinsing kain.

Harap-harap banjir di Terengganu semakin berkurangan.  Mari kita sama-sama berdoa supaya musibah tidak berterusan dan saudara kita di sana akan dapat kembali ke kediaman masing-masing dalam waktu terdekat ini.

Ini semua ujian.  Allah takkan uji hambanya di luar kemampuan.  Semoga Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak memandang remeh mangsa banjir tak kira di mana mereka berada.

Mujur cuti sekolah telah bermula.  Peperiksaan semuanya dah selesai.  Kalau tidak kacau juga.  Mana nak fikir hal banjir, mana nak ambil tahu peperiksaan.  Bertambah kalut!

Alamak, guruh mula berderam.  Nampak gaya kena berhenti dulu takut disambar petir pula.  Selamat berhujung minggu.  Nak keluar ke mana pun tak boleh, musim tengkujuh telah kembali.  Beristirehat di rumah sahajalah jawabnya.




nota:  merenung titisan air sambil mengulit kerisauan di hati


  






No comments :

Post a Comment