Followers

Monday, November 16, 2009

Sambungan...

Perlu ke ada cerita untuk apa yang saya lakukan pada hari Ahad iaitu semalam. Rasanya macam tak perlu pula. Tapi takpelah, kita kongsi jugalah apa yang patut kat sini. Ini kerana rasanya tiada sebarang aktiviti menarik pun yang boleh diceritakan. Pagi sepatutnya pergi kelas Pelaburan tetapi tak pergi sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan. Bangun awal pagi tetapi dari pagi sampai ke tengahari asyik bergolek di atas katil. Nikmat rasanya dapat bergolek-golek macam ayam golek. Tup-tup dalam pukul 12.30 dapat panggilan dari Abang. Dia kata dah nak sampai KL. Sampai je nanti dia hantar terus balik Ayah dia dengan sepupunya tu, pastu terus nak datang rumah. Tengok jam, rasanya lambat lagi. Boleh sambung golek-golek sambil lompat-lompat rancangan TV.


Dekat 1.30 petang, saya teruslah bersiap sebab dah kata nak datangkan. Tengah-tengah siap rupanya Abang dah sampai. Apa lagi kalutlah keadaan waktu tu. Siap ala kadar sebab tak tahu nak ke mana. Sekali dia tunjuk bahagian depan kereta dia kena langgar. Aduhai!!!Kesiannya...Abang dahlah memang jenis jaga kereta. Kalau ada sobek sana sini, mata dia tak boleh nak tengok lama-lama. Dalam hati dapat agak dah mesti dia nak pergi tukar atau pergi tampal bahagian yang kena langgar tu. Sekali betul dugaan. Dia nak pergi jumpa kawan dia, Abang Lan kat Kajang. Diaorang ada nak buat proses penukaran barang-barang kereta. Saya pun ok je lah. Lagipun sebab minggu tu memang tak banyak hari berjumpa sebab masing-masing sibuk, bolehlah keluar sama. Kalau ikutkan, selalunya bila Abang buat urusan kereta dia saya memang tak ikut. Perempuan mana tahan nak duduk lama-lama menghadap kereta yang tak tahu hujung pangkal bila nak siapnya. Terseksa tau rasa waktu tu. Tapi kali ni, bagi peluanglah kat dia..he..he..he..Samada kereta saya mahupun kereta dia, saya akan berkelakuan sedemikian. Malas nak ambil tahu hal ehwal kereta.


Ingatkan nak pergi mana-mana bengkel kat Kajang. Rupanya tak. Nasib baiklah dia pergi rumah Abang Lan. Sekurang-kurangnya saya boleh melepak dengan isteri Abang Lan. Seperti yang dijangka, proses membelek kereta diaorang tu makan masa hampir 5 jam. Bayangkanlah kalau Abang heret saya ke bengkel, mahu tak mendidih segala suhu yang ada dalam badan. Dalam tempoh lima jam tu, saya habiskan masa berborak dengan isteri Abang Lan. Peramah orangnya. Ada je topik yang dia ajak berborak. Duduk 5 jam pun tak terasa. Lain kali kalau kata nak pergi rumah Abang Lan saya taklah rasa risau lagi.


Siap je kerja diaorang, kitaorang pun pergi makan dekat kawasan Kajang juga la. Kebetulan Abang Bong, kawan baik Abang pun ada sekali turut serta. Kedai yang Abang Bong bawa tu boleh tahan sedaplah makanannya. Makanan yang 'simple' tak terlalu berat. Tapi pelanggan kedai tu memang superb la. Tak putus-putus dengan pelanggan. Pelanggan tetap diaorang kot.
Nama kedai tu Char Kuey Teow Pulau Mutiara. Lokasi tak berapa pandai nak ceritalah sebab saya teramatlah gagal jalan-jalan ni. Inikan pulan jalan-jalan di Kajang. Apa yang saya boleh kongsi, kalau kita dari KL nak menghala masuk ke Pekan Kajang, kita akan turun ke bawah dari hiway. Turun je dari hiway kita akan masuk ke kanan...tapi yang ini masuk ke kiri. Lepas tu jalan terus. Akan nampak kedai tu kat tepi jalan betul-betul bertentangan dengan stesen minyak Shell. Maaflah, tiada sebarang gambar untuk dikongsi sebab memang tak ada ambil gambar walau sekeping pun. Yang pasti saya telah terpikat dengan nasi lemak bungkus kedai tersebut. Lepas ni, haruslah singgah kedai tu kalau pergi Kajang.


Itulah serba sedikit kaedahnya saya menghabiskan hujung minggu kali ini. Memang banyak berjalan tetapi saya bukanlah orang yang kuat merungut bila diajak berjalan. Ajak saja saya ke mana-mana, Insyaallah kalau free memang akan pergi punya...ha..ha..ha..Ajak pergi makan lagilah laju kitaorang ni, walaupun tahu kena bayar. Kitaorang ni bukan suka makan free tau....

No comments :

Post a Comment