Kan saya pernah cakap sebelum ni Melaka antara negeri dalam Malaysia yang paling saya gemari untuk pergi biarpun berulang-ulang kali. Macam ada tarikan magnet untuk saya ke sana. Entahlah, mungkin kerana status Bandaraya Bersejarah antara sebab ianya mempunyai daya kuasa yang amat kuat. Saya cuba menghayati dan menyelami keindahan sejarah yang telah ditinggalkan. Sejarah???!!Ye, kerana sejarah. Dengan adanya sejarah maka kita dapat menikmati kehidupan hari ini. Ada yang mengatakan apa gunanya mengenang sejarah, masa depan lebih penting dari segalanya. Terpulang kepada individu itu sendiri, tetapi bagi saya sejarahlah yang akan mendewasakan kita dalam menempuhi hari mendatang untuk berjaya di masa hadapan. Melalui sejarah juga kita akan dapat memperbaiki segala kesilapan dengan harapan ianya tidak akan berulang.
Berbalik kepada tajuk asal mengenai persinggahan saya di Melaka. Wah!!Dah masuk bahagian tiga, tapi ceritanya masih tak habis-habis lagi. Agaknya sampai episod berapalah saya nak buat ye. Oklah, lepas je sesi makan-makan di Kedai Haji Isenin, kitaorang pun merangka-rangka perjalanan samada nak pulang ke KL ke, atau nak jalan-jalan ke. Saya mengikut je, mana-mana pun boleh. Akhirnya diaorang capai keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka iaitu Bandar Hilir.
Apa yang saya boleh katakan, Melaka hari ni begitu berbeza jika dibandingkan dengan 4 ke 5 tahun dahulu. Pembangunan memang tak boleh nak dinafikan. Kebanjiran warga luar dari Melaka juga memberangsangkan. Negeri Melaka meletakkan sasaran untuk menjadi negeri maju pada tahun 2012. Kebetulan pula dengan kehadiran cuti sekolah di kalender, menyebabkan Melaka bertambah sesak. Kesesakan lalu lintas di sana sini. Lampu isyarat setengah batu satu. Ada separuh jalan di besarkan, ada separuh jalan dibiarkan kecil. Ini semua menyebabkan kepadatan kenderaan di jalan raya. Kitaorang sampai takut nak masuk salah jalan sebab nanti bila nak pusing balik tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Berbezalah perjalanan dari Alor Gajah ke Ayer Keroh. Kalau jalan dari Alor Gajah, kita masih boleh menikmati rumah-rumah bercirikan tradisional. Masih ada pokok-pokok walaupun wujud lebuhraya. Nama-nama jalan atau kawasan juga masih kekal lama. Ada antaranya yang membuat kitaorang tersengih sebab bila menyebutnya kelakar seperti MELEKEK, AIR PA'ABAS, GERAI OMAK DEN dan macam-macam lagilah. Ini semua adalah ciri-ciri yang kita harus lindungi, betul tak?? Walaupun nama-nama ni terpancar ciri kekampungan atau ketinggalan zaman namun ianya terselit nilai estetikanya yang tersendiri. Tetapi pandangan menjadi amat berbeza apabila masuk je ke kawasan bandar. Projek pembangunan di sana sini. Dah terasa macam kat KL pula. Selagi ada ruang kosong semuanya akan dibangunkan. Walau macamana pun, kitaorang tetap redah jugalah kesesakan untuk pergi ke Bandar Hilir. Dah sampai, berpusing-pusing pula nak cari tempat letak kereta. Kalau kat KL memang kitaorang dah tinggalkan je tempat tu, tapi sebab dah datang dari jauh kenalah bersabar sikit. Nasib baik pemandu-pemandu kitaorang, Abang serta Ejump tinggi tahap kesabarannya.
Memang sesak betul keadaannya. Kereta menghimpit di sana sini. Ada polis trafik pun tak dapat nak menyelesaikan masalah. Bayangkan pusat membeli belah yang ada di tengah-tengah Bandar Melaka boleh habis tempat letak keretanya. Sikit punya besar pusat membeli belah tu boleh habis lot parking. Ada pula sesetengah parking mempunyai masa-masa tertentu sahaja boleh digunakan. Cari punya cari, alhamdulillah dapat juga dan alhamdulillah berhampiran dengan tempat yang kitaorang nak tuju iaitu Menara Taming Sari.
Ini kali kedua saya menaiki Menara Taming Sari. Kali pertama dulu sewaktu saya datang dengan teman baik saya Raja. Waktu tu Menara Taming Sari baru dibuka . Ayu Bam Bam pun turut naik juga pada waktu tu. Mula-mula fikir memang tak nak naik lagi, tapi nak menemankan Ejump sekeluarga punya pasal, naik jugalah kitaorang. Untuk warganegara Malaysia yang mempunyai Mykad akan dapat diskaun, dari RM15 ke RM10. Dalam pada nak naik Menara Taming Sari tu, saya telah terpandang sesuatu yang menarik untuk dicuba. Apakah bendanya, nanti kita kongsi ye. Bagi saya habiskan dulu hal ehwal Menara Taming Sari ni.
Menara ni berketinggian 110 meter dan ianya berputar 360 darjah. Melalui putaran yang berjalan selama lebih kurang 7 minit, kita akan dapat melihat keseluruhan Bandar Hilir. Sekali masuk, boleh dalam 60 orang macam tu. Kiranya, beratur untuk menaiki menara ni taklah panjang sangat. Bagi sesiapa yang tak pernah merasakan pengalaman ni, bolehlah jadikan ianya antara pengalaman menarik sewaktu melawat Melaka. Sayangnya, waktu kitaorang naik menara tu, hujan turun agak lebat. Agak terbataslah pemandangan dari atas menara. Tengok gambar-gambar kitaorang pula ye...Tapi bukan semua gambar untuk tatapan umum, kena pilih jugalah. Lagipun kalau masukkan semua yang ada, memang jadi entri 1001 malamlah jawabnya....
Inilah Menara Taming Sari. Gambar-gambar ini saya ambil dari Yahoo Image sebab saya tidak mempunyai shot menarik untuk Menara tersebut.
Gambar-gambar di bawah ni diambil sewaktu kitaorang tengah beratur untuk menaiki Menara Taming Sari
Ini pula gambar-gambar kitaorang dalam console tu..
Boleh lak tetiba saya terjumpa rakan belajar di sana. Tu Kakak yang pakai tudung biru tu. Dia rakan sama menuntut di UKM tapi lupalah nak tanya nama dia...tapi kalau tanya Nur, mungkin dia kenal kakak ni
Siapa sebenarnya yang nak ambil gambar ni ye???
Sama kembang....ha..ha..ha..
Ok kita sambung lagi nanti bila ada masa....
No comments :
Post a Comment