Followers

Tuesday, November 17, 2009

Terima Kasih Ayu Bam Bam...

Ayu Bam Bam & Saya


Post ini ditujukan khas untuk adik bongsuku yang tersayang, Miss Ayu Bam Bam kerana sudi membelanja kami semua makan malam. Atas kegigihan dan kerajinan Ayu Bam Bam sewaktu bekerja sementara baru-baru ni, dia telah mendapat bayaran yang agak lumayan. Dia pun tak menjangkakan sebegitu meriah nilainya (patutnya Ayu kena belanja Kak Fiza sekali ni). Oleh itu dia berbesar hati telah membelanja kami semua hari ini. Kira-kiranya macam '1st pay day' lah. Sebelum ni dia belum pernah bekerjakan..Terima kasih adikku. Merasa juga kitaorang hasil titik peluh Ayukan. Lepas ni, belanjalah kitaorang selalu lagi ye...Maaflah, entri ini juga tiada gambar suasana makan untuk dikongsi. Saya kena belajar bagaimana cara untuk mengambil gambar bagi tatapan kawan-kawan blog. Mesti pembaca semua bosan sebab tak ada sebarang hiasan gambar. Takpe, sayakan masih lagi kategori ABU (anak bawah umur) di dalam dunia blog nie. Dah tentu banyak kekurangan serta cacat celanya..betul tak??

Restoran pilihan adalah Nando's di One Utama. Nando's ni dah macam makanan kedua keluarga. Minat sangat diaorang ni dengan ayam Nando's tu. Saya setakat biasa-biasa je. Tak kisahlah kat mana-mana pun. Saya ni mudah orangnya. Lagipun lebih baik makan makanan yang semua orang dapat nikmati dari kita seorang je yang syok sendiri. Plan nak makan dengan semua adik beradik tetapi biasalah, hari ni kan hujan lebat...Puan Ninie (adik kedua saya, Marini) tersangkut di sana sini. Walau macamana pun, janji tetap janji...kitaorang akan tunggu dia untuk makan sekali.


Tunggu punya tunggu...tiba-tiba dapat panggilan dari Puan Ninie. Katanya kereta dia kena langgar dari belakang. Dia dah 'on the way' nak ke One Utama. Walaupun pelanggaran yang kecil tetapi nak menyelesaikan masalah tu remeh. Nasib baik diaorang suami isteri tak ada apa-apa cuma yang cedera sudah pastilah 'Sang Kereta.' Mengikut cerita diaorang, kondisi kereta tu teruk jugalah. Kalau dah teruk kenalah selesaikan hal ehwal insuran pulakkan. Diaorang ambil keputusan untuk tidak turut serta, tetapi Greatest Mama dah plan untuk bawa balik makanan untuk diaorang berdua. Kata orang yang belanjakan..... :D Kitaorang semua 'just proceed' dengan makanan kitaorang lepas tu semua nak terus balik. Yelah, nak tau apa pula cerita Puan Niniekan...


Kasihan diaorang. Tak ada rezeki nak makan serta gelak bersama. Takpelah, asalkan diaorang selamat itu lebih penting. Puan Ninie kena kekejangan urat di bahagian tengkuk. Mungkin hentakan kuat dari belakang kereta, itu yang badan dia kena kejutan dan terus kejang. Insyaallah tak ada apa-apa rasanya, tapi untuk kepastian elok juga dapatkan nasihat serta pandangan doktor. Wahai pemandu-pemandu sekalian!!! Musim-musim tengkujuh ni, janganlah memandu terlalu laju. Kalau tak sayangkan nyawa sendiri tak kisah, tapi tolonglah fikirkan pula nyawa orang lain yang mungkin akan terlibat. Kalau terjadi sesuatu yang lebih buruk, bukan sahaja kesian kepada mangsa tetapi juga kepada ahli keluarga mangsa. Fikir-fikirkanlah sebelum buat sesuatu yang buruk tu.


Nasib baiklah kitaorang ni ambil insuran kereta dengan kawan sendiri, Fai. Kalau tidak jenuh jugalah nak dapatkan maklumat yang tepat mengenai tuntutan insuran ni. Bukan senang tau. Banyak benda kita kena tahu, kalau tidak memang sia-sia jelah hasrat untuk membuat tuntutan. Kalau ikutkan kes Miss Ninie ni, tak adalah payah sangat sebab yang salah orang yang langgar dia. Tapi untuk pastikan betul-betul takkan ada masalah kemudian hari, tu yang kitaorang kena 'confirm' dengan Fai. Terima kasih ye Fai sebab sanggup melayan panggilan telefon kakakmu ini di waktu malam. Harap-harap semuanya akan selesailah nanti.


TERIMA KASIH SEKALI LAGI AYU BAM BAM.....
BUAT PUAN NINIE: SABAR YE DIK!!!

No comments :

Post a Comment