Kenapa perlu ada bahagian 1 ye???Macam panjang je ceritanya nanti. Saya pun tak pasti panjang meleret atau tidak, yang pasti walau cerita tu se'ciput' bila sampai ke olahan saya memang meleret-leretlah jawabnya. Tak pandailah nak cerita singkat sini, potong sana. Rasa macam hilang thrill bila buat macam tu. Agaknya sebab ini jugalah saya gagal mendapat SPM Gred 1A untuk subjek Bahasa Melayu, saya tak pandai buat rumusan. Kalau-kalau ingatlah, dulu kertas BM mesti ada soalan buat rumusan. Untuk soalan tu mungkin saya dapat markah kurang lalu menjejaskan keseluruhan markah...Agaknyalah...he..he..he..Jadi, nak senang cerita biar saya bahagikan entri ini ke beberapa bahagian. Orang nak baca senang, saya yang nak mengarang pun senang.
Sabtu lepas saya berkesempatan mengunjungi Melaka Bandaraya Bersejarah. Malacca always spot a place in my heart. No concrite reason. I jez love to be in Malacca. Eventhough it is not my 1st or 2nd time been here. Invite me to Malacca for hundred times also I'm willing to go. I am happy and enjoy to be in Malacca. Alamak!!!Dah campur aduklah pula. Sekejap in English lepas tu Bahasa Melayu. Rojak dah saya ni. Berbalik pada tajuk asal, kami pergi berlima. Saya, Abang, Ayu Bam Bam, Ejump sekeluarga. Kenapa kami ke Melaka??Sebenarnya tujuan asal kami ke Melaka adalah untuk menemani Ejump membuat survey A Famosa Resort. Ejump ada perancangan nak buat Hari Keluarga dia di sana. Kebetulan saya juga tiada sebarang perancangan, bila di pelawa untuk turut serta saya okey saja.
Asalnya kami ingin bertolak awal dari KL supaya mempunyai banyak masa terluang semasa berada di Melaka. Tetapi awal mana pun berjanji, perkataan lewat tetaplah diguna pakai. Akhirnya kami bertolak dari KL dalam pukul 11 pagi. Terlanjur masa lebih satu jam. Disebabkan tiada perancangan khusus, Abang dan Ejump memandu dalam keadaan yang begitu santai. Hampir terlelap jugalah saya yang berada di sebelah. Hujung-hujung tahun ni biasalah, musim tengkujuh melanda seluruh negara. Perjalanan kami di selang seli dengan rintikan hujan serta panas redup yang amat menyenangkan.
Abang sedang bertelefon dengan Ejump. Nampak serius je padahal tengah cakap
benda yang merapu.
Dalam perjalanan, tak senonoh bagi hidung kembang setaman....
Dalam pukul 1 petang lebih kurang macam tu, kitaorang pun sampai ke destinasi pertama kami di Melaka iaitu A Famosa Resort. Rasanya semua orang dah tau mengenai A Famosa Resort dan apa yang ada di dalamnya. Dia lebih kurang theme park jugalah. Macam-macam ada di sana. Kiranya sesiapa yang pergi hanya habiskan masa dalam resort tulah. Antara tarikan yang ada seperti Wild Safari, Water Park dan Cowboy Town. Saya juga pernah pergi ke sana dalam tahun 2005 kalau tak silap, bersama rakan-rakan serta adik beradik. Seronok kami berada di sana. Masih terbayang-bayang keseronokan kitaorang sewaktu berada di sana. Saya nikan nostalgik sikit orangnya, bila terkenang tu, senyum sendirilah jawabnya. Momen yang indah bila kita dapat mengimbas kenangan mengusik jiwakan. Tak lama pun berada di A Famosa Resort dan Ejump pun dah dapat lebih kurang maklumat yang diingini, kami keluar dari kawasan tersebut menuju ke destinasi seterusnya.
Dalam perjalanan keluar, ternampak peniaga durian di tepi-tepi jalan. Teringat waktu kitaorang ke situ ada juga berhenti singgah makan durian. Adalah dalam 5 biji diaorang ni belasah durian sekali kena bayar RM150. Terkulat-kulat semua sebab terlalu mahal. Lebih kurang RM30 sebiji tapi dah makan bayar jelah. Pada sesiapa yang berkesempatan ke sana dan teringin nak menikmati durian, jaga-jaga supaya tidak terkena seperti yang kitaorang pernah kena dulu. Bukan tak boleh nak bayar mahal-mahal tapi kalau boleh biarlah kena dengan gayanya. Takkanlah kerana situ kawasan pelancongan, habis semua orang nak di kerat leher.
Lokasi yang kami tuju kemudiannya adalah Ayer Keroh Melaka. Sepanjang perjalanan dari Alor Gajah ke Ayer Keroh hujan teramatlah lebat. Saya yang konon-kononnya nak feel jalan kampung serta meninjau jalan ke UiTM Melaka. Sayang, tak dapat nak merasai apa pun. Tengok depan jelah...kena jadi co-pilot takut tersesat masuk jalan salah. Perubahan Melaka amatlah ketara. Jalan semua dah besar dan boleh di beri taraf lebuh raya. Kemudahan jalan potong juga banyak. Jalanlah ikut manapun, mesti ada jalan yang boleh menyimpangkan kita ke destinasi yang ingin dituju. Mudah sangat-sangatlah kalau nak dibandingkan sewaktu saya menuntut di UiTM Melaka dulu. Jalannya kecil, dan dari satu tempat ke satu tempat tu agak jauh jugalah jalannya. Tak ada jalan potong. Sekarang semua tu dah tak ada. Memang senang sangatlah warga negeri Melaka, cuma bila difikirkan balik macam sayanglah pula bila jalan kampung telah dibandarkan. Macam hilang ciri-ciri kekampungan yang wujud selama ini. Tapi nak buat macamanakan, inilah namanya perubahan. Kalau tak berubah sampai bila pun tak maju.
Hujan lebat sepanjang perjalanan dari Alor Gajah ke Ayer Keroh. Bosan punya pasal, saya siap ambil gambar membuktikan hujan lebat.
Ayu Bam Bam yang tidur sepanjang perjalanan dari KL sampailah ke Melaka. Orang bawa dia berjalan, dia sibuk buat tahi mata...he..he..he..takpelah, asalkan dia happy..
Saya yang sedang melatih diri untuk mengambil gambar sendiri. Bertahun-tahun ada kamera tapi masih gagal untuk mengambil gambar secara sendirian. Tangan asyik mengeletar je..
Nanti kita sambung lagi ye...panjang lagi cerita saya ni....
No comments :
Post a Comment