Followers

Monday, February 7, 2011

::Kembali ke Rutin::

Selamat pulang dari bercuti rakan-rakan!  Saya yakin cuti panjang yang lalu pasti banyak destinasi yang anda jengah baik dalam mahu pun luar negara.  Kalau tidak masakan lebuhraya utama mengalami kesesakan lalu lintas yang maha hebat.  Inilah keunikkan negara kita apabila perayaan kaum lain masih boleh dinikmati oleh kita yang bukan sebangsa.  

Hari ini ada yang kembali ke pejabat dengan pelbagai perasaan.  Ada yang malas, ada juga yang makin bersemangat untuk berhadapan dengan rutin harian.  Jika dicongak-congak, selepas ini cuti panjang yang berikutnya hanyalah pada  Hari Raya Aidilfitri.  Tak apalah, bekerja sudah menjadi satu tanggungjawab dan kewajiban kita semua.  Lagi pula apa yang diusahakan adalah rezeki yang halal.

Saya juga seperti rakan-rakan semua.  Awal pagi, badan masih terasa lemau.  Cuti panjanglah katakan.  Bila masuk ke tengahari barulah ada semangat sedikit untuk melihat segala apa yang telah tertunggak.  Walaupun belum 100% dibereskan tetapi tetaplah juga berjalan kerjanya.  Setelah hampir seminggu Media Rakyat (MR) tidak menemui pembaca, minggu ini MR kembali di pasaran.  Bergandalah kesibukkan kami semua.  Rutin mengejar deadline kembali semula.  Selagi jarum jam belum menyentuh angka tiga pagi, mata belum boleh ditutup.  Telah boleh membiasakan diri dengan keadaan ini :)

Nanti-nanti kita sambung kisah di sini jika ada kesempatan.  Selamat bekerja semula rakan-rakan!!


nota:  rutin harian yang semakin berubah         

No comments :

Post a Comment