Followers

Thursday, February 24, 2011

Mohon Bantuan Rakan Siber

Nak dikatakan pagi sangat pun tidaklah juga tetapi awal pagilah bagi orang seperti saya yang baru melelapkan mata saat fajar menyinsing.  Sedang lena berbungkus, dapat panggilan dari Abang awal pagi tadi dengan mengatakan kereta Ayahnya telah dicuri.

Terus tersentak.  Ingatkan mimpi ke apakan tetapi ianya realiti.  Borak tidak lama mana pun sebab Abang mengerti akan keadaan saya yang letih.  Berusaha untuk melelapkan mata semula, tetapi gagal.  Berkalih badan ke kiri dan ke kanan sambil kepala menerawang bagaimana keadaan Abang sekeluarga pada waktu ini.  

Tepat jam 10 pagi, perasaan ingin tahu akan apa sebenarnya yang berlaku serta situasi semasa amat menebal lantas terus menelefon Abang.  Sahih kereta Ayahnya telah hilang.  Laporan polis pun telah dilakukan.  Firasat mereka kuat mengatakan ini kerja orang-orang yang tinggal berhampiran kerana dalam dua minggu lepas set kunci kereta dan rumah tersebut pernah hilang.  Lagi pula, peti pos yang berkunci pun pernah dipecah.  Pastinya kerja manusia yang telah menjumpai kunci tersebut.

Mengapalah manusia sanggup melakukan kerja-kerja terkutuk begini ya?  Tenangkah hidup dengan hasil curi?  Cubalah bertukar tempat dengan mangsa, selamilah bagaimana sengsarannya mangsa ini tatkala barang dimiliki ghaib.  Ibu bapa Abang bukanlah orang yang senang.  Dah tak bekerja pun.  Kereta yang dimiliki bukanlah untuk bermegah-megah tetapi ianya satu keperluan.  Tinggal bertiga sahaja di rumah, jika ada sebarang kecemasan dengan kereta itulah mereka gunakan untuk bergerak.  Sudahlah ibu Abang sering ke hospital menjalani rawatan.

Ansuran pada bank pun belum lunas sebelumnya.  Bila dah berlaku begini, samada mahu atau tidak sebuah kereta lain harus jugalah dicari.  Pening mangsa.  Mana nak fikirkan masalah kehilangan kereta, sekarang nak fikir pula nak cari wang pendahuluan untuk membeli kereta baru.  Walhal bukan kereta baru pun, kereta terpakai sahaja.  Tidak berhati perut betullah manusia di akhir zaman ni.  Fikir senang diri atas kesengsaraan orang lain.  Bukan mahu menyumpah pencuri tetapi memang tidak selamatlah dia dunia akhirat.

Di sini mohon jasa baik rakan-rakan siber untuk memanjangkan berita ini dan sekiranya terserempak dengan KERETA KIA SPECTRA WARNA MAROON NO DAFTAR:  WKY 7376 harap laporkan pada pihak berkuasa.  Moga dengan sebaran ini, pesalah tidak akan terlepas dari melakukan kesengsaraan yang telah dilakukan.


nota:  harap Allah mengetahui hikmah di sebalik musibah ini....  

No comments :

Post a Comment