Followers

Tuesday, April 19, 2011

::Sakitnya...::

Saat berkongsi bicara di sini, saya sebenarnya menanggung kesakitan amat sangat :(  Bisa kesakitan dialami tiga minggu lepas agak memeritkan malam ini.  Pasti kerana saya membonceng motor sebentar tadi.  Apa nak buat, tahan sahajalah.  Kalau cakap lebih-lebih pasti GM bising pada saya kelak, dah tahu sakit kenapa gatal-gatal naik motorkan.

Kalau tiada hal penting seboleh mungkin menolak keadaan tersebut, namun bila ianya tidak mampu dielakkan saya terima sahaja.  Bukanlah isu besar mana pun.  Bagi yang mengikut rapat blog ini, mesti ingat saya bercerita tentang ayah Abang kehilangan kereta.  Selepas kejadian  sehinggalah hari ini belum lagi berkesempatan membeli yang baru.

Dek kerana ada perkara tidak dapat dielakkan, hendaklah memakai kereta Abang.  Sebagai anak, takkan dia nak menolak permintaan ibu bapakan.  Kalau ditolak, tak ada orang lain akan bersyarah di telinganya melainkan saya.  Sebab saya sentiasa berpegang "Jika kita senangkan ibu bapa kita, Insyaallah Allah akan senangkan hidup kita, tapi sekali kita susahkan mereka walaupun sebesar zarah, selamanya hidup tak senang"   lagi pula, GP selalulah berpesan, kita hidup kalau apa yang ayah cakap tu tak nak dengar terpulanglah tapi kalau apa yang ibu kita minta, janganlah dikecewakan.  Hati ibu ni lain tau keramat dia.   

Apa yang GP katakan tu benar kerana saya menyaksikan benda-benda ini di depan mata.   Bagaimana mereka-mereka yang hidup di luar kerahmatan hanya kerana menyinggung hati kecil ibu.  Mungkin tidak patut saya terus jatuhkan hukuman buat mereka dengan mengatakan ini semua balasan Allah tapi, kita sendiri punya penilian atas apa yang berlaku.   Mereka-mereka ini bukan orang luar, tetapi saudara mara sendiri.  Tak perlu cerita hal orang di sini ye.  

GP dengan arwah ibu dia, Ya Allah punyalah betul menjaga hati.  Saya masih ingat lagi, arwah Atuk pernah marah gila-gila pada GP hingga keluarlah ayat kurang manis, tetapi GP hanya sengih sahaja penuh kesabaran.  Bila nak pulang dari jumpa arwah Atuk, GP salam macam biasa tanpa ada rasa sakit di hati walaupun apa yang dikatakan oleh arwah Atuk pada GP itu sememangnya tidak benar.  Sepatah perkataan melawan langsung tak keluar dari mulutnya. 

Bukan itu sahaja, pernah dalam poket GP hanya ada RM50 untuk belanja.  Tup-tup arwah Atuk minta duit, dengan hati ikhlas tanpa berbelah bahagi, GP hulurkan RM50 pada Atuk.  Sebab itu ibu saudara saya (Ngah) selalu cakap pada kami semua dan anak-anaknya, "rezeki papa/pakcik kamu tu murah sebab dia selalu senangkan atuk."  Lebih menjadikan keadaan itu indah apabila GM, tidak pernah mempersoalkan walau sedikitpun apa yang GP buat untuk ibunya.  Kejujuran hati GM sering terpancar keikhlasan waima dia sedang susah.  Bukan saya yang kata, Ngah yang kata.  Mungkin GM berpegang pada pepatah, "sayanglah ibu mertua seperti sayangkan ibu sendiri."  Alhamdulillah kehidupan GM senang selain disayangi ibu mertuanya. 

Eh, kenapa saya meleret entah ke mana ni.  Berbalik kisah awal, Abang ni anak sulung, lelaki pula tu, sudah tentu dia kena bertanggungjawab ke atas kedua ibu bapa.  Lagi pula dia belum berkahwin, jadi tiada dakwa dakwi lagi.  Merungut jugalah dia agak penat, yelah balik kerja lewat.  Lepas tu, nak uruskan hal kereta pula.  Tapi saya tanya dia, ikhlas tak?  Ikhlas katanya, cuma hari ni memang kerja banyak, penat teramat sangat.  Kalau ikhlas, saya kata jangan merungut, Insyaallah kepenatan tersebut akan di balas kelak. 

Boleh pulalah hari ini kereta dia ada pada saya..huh..huh..nak tak nak terpaksa jugalah gagahkan diri turun ke KL menghantarkan kereta.  Itu satu hal, malam yang sama deadline untuk Media Rakyat (MR).  Mau pening kepala memikirkan keadaan.  Jalan terbaik untuk tiba rumah dalam kadar segera naik motor sahajalah.  Bila naik motor, terpaksa Abang menghantar saya pulang.  Itu yang dia rasa penat, manakan tidak dari Sentul ke Kota Damansara bukan satu jarak yang dekat.

Motor Abang pula bukanlah motor jenis biasa.  Dengan tingginya, aduhai.  Bukan tak biasa naik motor, sedangkan waktu mula-mula kenal pun memang dia pakai motor sahaja.  Cuma sekarang ni motor dia dah naik taraf sedikit dan amatlah tidak sesuai untuk orang seperti saya yang sedang sakit.  Sakit punya hal, jarak biasa pun rasa jauh sangat.  Tak sabar nak sampai ke rumah.

Waktu inilah tak sabar rasanya hendak memiliki semula kenderaan sendiri.  Tapi yelah, belum punya rezeki yang cukup lagi.  Tak apa, adalah nanti-nanti tu.  Mana tau dengan berkat Abang senang hati ibu bapa dia, saya boleh tumpang sekaki..he..he..he..main-main je.  Saya adalah wanita moden (cewahh!!!), seboleh mungkin berdiri dengan kaki sendiri.  Sudah cukup saya susahkan Abang selama ini.

Turun sahaja dari motor, aduhai...Sakit gila!!!  Tapi saya tidak mahu mengadu pada Abang, nanti bertambah runsing hati dia.  Tahan jelah sakit ni.  Insyaallah, sembuh nanti.  Lagi pula niat saya baik, bukannya melencong ke mana.  Saat keluar rumah tadi, saya berterus terang dengan GM.  Moga dengan segala kebaikan ini, akan dapatlah sedikit habuan buat saya dari Allah.  Kalau tak dapat pun tak apa, yang penting pahala confirm dapat..he..he..he..

Harap-harap sakit tidak berlarutan sehingga esok, kalau tidak payah juga.  Banyak kerja nak kena selesaikan.  Dah tiga minggu emosi untuk bekerja seolah diawang-awangan.  Fail-fail berterabur.  Sebelum apa-apa terjadi, baiklah saya selesaikan kerja-kerja tersebut.  Moga esok di beri kekuatan lebih beserta semangat.


* GP - GREATEST PAPA
  GM- GREATEST MAMA
  ATUK - NENDA TERCINTA
  ABANG - KEKASIH HATI KU..HE..HE..HE..


nota:  Tak dapat membayangkan sekiranya sakit ini menjadi bertambah serius :(  Moga ianya tidak menjadi kenyataan!!
         

    

No comments :

Post a Comment