Followers

Thursday, April 14, 2011

::Target 5000::

Saya mengaku salah satu sebab menceburkan diri di dunia blog ini apabila melihat ramai berjaya menjana pendapatan tambahan.  Tarikan $$$ akan kuat juga pada awalnya.  Tetapi setelah mula berjinak, faktor $$$ tidak lagi menguasai minda. 

Ada jugalah buka akaun dengan pemberi-pemberi iklan.  Namun setelah hampir dua tahun, jumlah terkumpul tidak sampai pun nilai yang boleh dikeluarkan..he..he..he.. Tetapi saya tidak ralat walau pada awalnya berharap benih yang ditanam  akan bercambah dengan lebat kelak.

Susah sebenarnya untuk menjadi blogger tegar.  Hanya mereka yang cekal dan berhati waja sahaja layak melakukannya.  Apatah lagi apabila kita perlu approach rakan-rakan lain untuk sering singgah ke laman kita.  Mungkin saya mempunyai sifat malu terlalu tebal, kerana itulah gagal di dalam misi memegang title 'Blogger Tegar'.  Saya malu untuk berkongsi hal ehwal diri, saya malu untuk sentiasa memetik punat kamera, saya malu untuk mengajak rakan-rakan membaca nukilan saya, saya malu untuk turut bersama komuniti yang wujud di dalam alam maya ini, saya malu....saya malu...saya malu....

Tetapi saya tetap ingin menarikan jemari comel, makanya apa sahaja terlintas akan dikongsi di sini.  Benar tiada apa yang menarik pun.  Cuma kadang kala saya merasakan ianya sebagai terapi juga di kala segalanya bercelaru.  Dengan ini saya sedar bahawa saya tidak akan berjaya seperti blogger lain yang menjadikan medium ini sebagai lubuk  $$$, dan saya tidak menyesal.  

Bagi yang rajin datang menyinggah, terima kasih tidak terhingga.  Apa pun pembaca ke-2000 tidak dapat dikesan.  Tak tahulah siapakah gerangannya, siapa pun dia saya ucapkan terima kasih kerana menjadikan angka tersebut realiti.  Jom kita letak target baru, pembaca ke-5000.  Agaknya saya perlu menunggu lagi dua tahun lagi kot.  Tapi tak kisahlah, biar lambat mana pun selagi ada rezeki saya bersiaran di sini, Insyaallah pasti akan bertemu juga.


nota:  Harapnya rajinlah lepas ini berkongsi bicara

     

No comments :

Post a Comment