Setelah saban tahun rumors harga minyak akan naik, akhirnya naik juga rm0.20 seliter mulai tengah malam ini. Tak sampai setengah tahun Barisan Nasional kembali memerintah.
Hmm..tak mahu cakap apa-apa. Semua pun punya pendapat sendiri, nama pun penyokong tegar. Kedua-dua belah pihak akan mempertahankan apa yang mereka rasa sebaik mungkin.
Apa yang pasti kita nantikan sahaja kenaikan segala harga barang, perkhidmatan waima semualah. Tak cium dah bau harga turun.
Kenaikkan harga minyak sebenarnya penanda aras bagi kehidupan rakyat Malaysia. Janganlah kata hanya RM0.20/seliter tidak memberi sebarang kesan. Besar kesannya tau!
Kalau naik gaji pun takkan memberi kesan positif. Berapa banyak pun gaji boleh naik, lainlah sampai beribu ringgit.
Secara jujur saya kecewa dan pasti bukan saya seorang sahaja rakyat Malaysia yang berperasaan sedemikian. Kehidupan sempit akan bertambah tersepit ekoran kenaikkan harga minyak.
Bukan kita boleh buat apa pun. Nak protes pun sejauh mana keberkesanannya? Lagi pun "Rakyat Malaysia" memilih kehidupan aman. Harus bersyukur sebab tak jadi seperti negara luar.
Dan saya hanya tersenyum sumbing bila ramai mengatakan, "ala RM0.20 je pun. Rokok naik RM0.50 semua rileks je" tapi saya tak merokok agak-agak macamana?
Atau pun yang berkata sebegini "kalau harga minyak naik nanti Kerajaan naikkan BR1M" tapi bagi tak dapat macam mana pula?
Terus terbayang Manifesto Pakatan Rakyat, "hari ini menang esok harga minyak turun". Agak-agak formula apa mereka pakai ya sehingga menjanjikan penurunan harga?
Kenapa Kerajaan tak cuba gunapakai formula tersebut? Pasti senyuman rakyat Malaysia sehingga ke telinga.
Oh lupa, bukankah ramai pakar di dalam Kerajaan pastinya sudah diteliti sedalam mungkin dan jalan terbaik adalah menaikkan harga minyak. Redha sahajalah Rakyat Malaysia!!
Ini barulah namanya hadiah dari Kerajaan sempena sambutan Kemerdekaan ke-56. Tak sabar nak tunggu hadiah seterusnya, ke kena tunggu tahun hadapan?
nota: apa-apa sahajalah.........
Hmmm ... Pilihan ditangan kita
ReplyDeleteHarga barang mesti naik punye ...
Baru jer semalam famili saya sembang pasal nie... hari nie
ReplyDeletejumpa blog awak ... tahniah atas penerangan yg bermanafaat nie..
my web page :: Kaedah Hebat Di Kamar