Followers

Thursday, September 12, 2013

::What A Day::

Baru jam 2.30 petang, macam-macam sudah terjadi sepanjang hari ini.  Ujian pelbagai skala akan datang di dalam hidup tanpa mengira waktu.
 
Bangun pagi dalam keadaan berpeluh-peluh setelah mengalami mimpi agak berkaitan dengan mimpi sebelum ini kalau tak silap 2 minggu lepas.
 
Benar mimpi mainan tidur cuma manusia biasa terpedaya juga dan berfikir apakah ingin disampaikan melalui mimpi tersebut.  Segera mohon pada Allah SWT tiada apa buruk bakal menimpa.
 
Bila dah bangun dengan keadaan sedemikian, mood sudah pasti meracau.  Mulalah fikir perkara negetif.  Benda yang menjatuhkan motivasi diri.  Siap ala kadar, turun bawah dengan fikiran kosong.
 
Sambil meninjau kerja tertunggak dan juga melayari internet, perkhabaran duka singgah ke telinga.  Berita pemergian datuk saudara yang kami panggil Tok Alang Baharin, adik pada arwah Aki saya ke Rahmatullah mengusik jiwa.  
 
Memang Allahyarham sedang sakit malah semalam kami merancang ziarah pada waktu sesuai.  Perancangan Allah tiada yang dapat menghalang lagipun sudah sampai janjinya.
 
Semakin berkurangan kelompok warga tua dalam keluarga kami.  Ternyata kita semua sedang meniti usia untuk meninggalkan dunia jua satu hari nanti.
 
Ingatkan nak turut serta menziarah jenazah Allahyarham, boleh pula 'best friend' muncul.  Tak ada signal tau-tau ada.  Perut pula rasa tak selesa.  Apa kena entah?  Hati mula berbolak-balik samada mahu pergi atau tidak.
 
GP kata mahu bertolak selepas Zohor ke rumah anak Allahyarham di Shah Alam.  Waktu terluang diisi dengan melayan kerenah anak-anak bertiga di rumah.  
 
Gaduh kemudian baik semula adat resmi setiap hari mereka di rumah.  Nama pun adik-beradik, kalau tak terpekik terlolong bukan namanya budak-budak.
 
Dalam kekalutan boleh pula saya jatuhkan jag air dari atas almari.  Bayangkanlah macamana berderainya jag air tersebut.  Yalah, berdebuk dari tempat tinggikan.
 
Dah satu kerja pula nak membersihkan segala kaca yang ada.  Mujur Ayu Bam Bam hulur bantuan dengan menggunakan vacumn cleaner tapi kaca besar tetap kena pungut.  Habis satu dapur saya kena sapu.
 
Selesai episod kaca, tiba-tiba bahagian bawah perut kejang teramat sangat.  Mengigil satu badan, rasa seram sejuk dan sakit yang tak dapat nak diceritakan.  Seperti ada sebiji bom sedang meledak dalam perut.
 
Bukan dalam perut sebenarnya tapi lebih kepada kawasan peranakan.  Barangkali saya sedang datang bulan, buat kerja berat itu yang kena kejang melampau sakitnya.
 
Berguling sekejap sambil menangis bagi meredakan kesakitan.  Tak pernah rasa sakit sedemikian.  Teruknya keuzuran badan, baru menyapu keliling dapur boleh kena kejang sebegitu.
 
Ini dah reda sedikit.  Tak tahu nak buat apa, setakat minum air panas sahaja.  Dalam keadaan sebegini, saya batalkan hasrat turut serta menziarah Allahyarham.  
 
Tinggal seorang diri, rasa sayu pula hati.  Entah kenapa?  Berkecamuk rasa dalam hati!  Sangat tak suka bila perasaan kacau sebegini.  Mahu saja diledak keluar biar menjadi lahar.  
What a day right?  Menghitung waktu apa pula bakal berlaku dalam tempoh beberapa jam akan datang.  Mungkin Allah sedang memberi dugaan atas tiket mengkhafarah diri.  Hidup di dunia pasti ada himpunan dosa.
 
Dahlah tak boleh solat, kalau tidak itulah saat paling mendamaikan tatkala ombak gelora membadai.  Sabarlah duhai hati, mungkin ada hikmah di atas segala apa yang berlaku ini...
 
 Hasil pencarian melalui Google Image, klik pada gambar untuk kredit tuan empunyanya
 
 
 
nota:  juga satu peringatan...
 
 

1 comment :