Rasa malas mahu upload gambar, walhal banyak kisah boleh diceritakan. Buat ini malas, buat itu malas memang sah dasar pemalas tahap maksima.
Tak apalah borak-borak kosong pun boleh, kalau tidak sunyi pula di sini. Itu pun kalau ada sudi membaca, tiada yang sudi pun tak ada salahnya.
Dah seminggu lebih badan rasa tak sedap. Menjelang malam badan letih, sendi semua bisa-bisa. Macam nak demam tapi bila siang elok sahaja ke sana ke mari.
Kalau ada pun sakit-sakit pinggang biasa. Selain itu semua biasa sahaja. Jumpa doktor mesti tiada jawapan melainkan diarah ambil darah.
Inilah dugaan kesihatan terima dengan redha. Harap tak serius mana, cuma kalau masih berlarutan memang paksa rela ke kliniklah jawapannya.
3-4 hari ni tak berapa ambil tahu sangat hal-ehwal negara. Tup-tup timbul cerita Chin Peng yang dah mati dan abu mayat dia mahu dibawa pulang ke Malaysia.
Bila dia mati pun saya tak perasan tapi hangat jugalah isu tersebut terutamanya di FB. Ada membangkang sekeras-kerasnya dan ada pula menyokong lantaran abu mayat sahaja.
Dah tertinggal keretapi malas pula nak dig semua news dan baca all those related isu tapi umum mengetahui Chin Peng itu pengkhianat negara dan telah dibuang kerakyatan.
Saya faham jika ada yang tidak mahu memaafkan dia sehingga ke liang kubur tapi perlu ke mengeluarkan kata-kata kesat hanya kerana abu mayat? Abu mayat sahaja kot?
Baik menyokong juga menentang isu ini semua sama sahaja. Kalau tak boleh terima usul membawa balik abu mayat tersebut tolak sahajalah, tak perlu beremosi melalut-lalut entah ke mana.
Ini sampai nak kawal semua pintu masuk bagi mengelakkan abu mayat tersebut sampai ke Malaysia, perlu ke sebegitu ekstrim? As I said again, abu mayat sahaja kot!
Banyak lagi rasanya perkara perlu pengawasan ketat dari pihak berkuasa seperti kawalan di laut-laut terutama di Sabah yang kini jadi sasaran pengganas.
Kalau mendiang Chin Peng tu boleh tengok segala perantakkan mesti dia senyum. Yalah dari hidup sampai ke mati berjaya dia menghuru-hara hidup rakyat Malaysia.
Not going to touch this matter too deep nanti hidup saya pula berantakan sebab isu ini lebih terkait dengan keadaan politik semasa Malaysia.
For me simple, tak bagi bawa balik sudah kalau bagi pun tak ada salahnya kerana tanpa Chin Peng tiadalah kemerdekaan. Sekurang-kurangnya dia penyumbang kepada sejarah negara and I repeat again abu mayat je pun!
Mana ada sejarah negara-negara di dunia tidak menulis kisah-kisah hitam? Tanpa itu semua tak majulah negara!
Cuma sedang berfikir apa perasaan keluarga mendiang? Ramai okay famili Chin Peng di Malaysia. Mesti terguris hati merekakan?
Nak buat macamana, dalam hidup pasti ada yang mengguris dan diguris. Biasalah tu. Harapnya esok lusa dah tak kecoh pasal abu mayat Chin Peng lagi.
Selagi ada isu ini selagi itulah macam-macam ayat negetif berserakan di mana-mana. Rimas!
nota: banyak lagi perlu diberi perhatian...
No comments :
Post a Comment