Sangat tertekan bila Candy Crush tak boleh dibuka melalui laptop. Dahlah semangat berkobar-kobar sementelah masuk level baru. Bosan menunggu berjalan merata di alam maya.
Secara tiba-tiba mood nak berceloteh suram. Minggu ni langsung tak minat nak jengah blog, entah hantu mana yang dah tersampuk. Kepala ingat tilam dan bantal sahaja :(
Nak kata badan letih, tak juga. Kesihatan pula on-off. Paling ketara menjelang Maghrib mesti rasa tak sedap badan tapi selera makan tak mengalah. Cukup masa perut minta diisi.
Okay, bab makan tu lebih kepada nafsu mentekedarah hebat menguasai itu yang asyik ingat makanan sentiasa! Tapi demam menjelang Maghrib, ramai kata sesuatu.
Saya terima segala pendapat dengan hati terbuka. Selain perawatan moden usaha juga yang lain. Sihat atau tidak itu kehendak Allah, yang penting saya sudah berusaha.
Selain itu, kalau akal dan minda lemah pun boleh memberi kesan pada keseluruhan kesihatan. Saya akui terlalu banyak perkara membebani fikiran, hingga lelah di hujung hari.
Oktober menjelang tiba, sayangnya sehingga hari ini apa dicita belum nampak bayang keberhasilan. 2013 bakal berlalu sama seperti tahun sebelumnya, menganyam impian.
Terlalu hebat dugaan Allah turunkan malah sehingga saat ini ada sahaja perkara menjunamkan momentum diri berlaku. Apa rahsia disebalik segalanya?
Entahlah, semakin memikirkan segalanya rasa semakin malas dengan apa sahaja sedang dilalui. Nak meneruskan entri ini pun malas.
Esok hari Isnin dan saya memerlukan aura positif untuk terus bangkit dari segala kemurungan. Jom tidur dengan harapan segala negativity akan nyah pergi sebaik mata dibuka.
nota: selamat malam...
Sabo je lah ...
ReplyDelete