Entah macamana tadi boleh tersangkut menonton drama di saluran Astro, Wangi Setanggi. Kalau tak silap produksi Rashid Sibir, cerita lama tu. Allahyarham Zami Ismail pelakon utama.
Tertarik dengan jalan cerita pengorbanan seorang abang terhadap adik tapi bila adik dah berumah tangga semuanya berubah sehinggakan sanggup menghalau abang yang telah berkorban selama hayatnya.
Tanpa adik dia sedar suaminya berniat jahat untuk membolot harta mereka. Macam-macam rancangan jahat si suami laksanakan.
Relate pula cerita tersebut dengan realiti hari ini. Ramai sebenarnya punya jalan cerita seperti apa ditayangkan.

Sebenarnya saya tak sesuai kot nak ulas perkara sebegini, yalah belum berumahtangga. Nanti orang kata pandai-pandai sahaja. Sepak terajang alam perkahwinan tak tahu menahu nak komen lebih-lebih.
Tapi itulah, apa yang saya kongsikan di sini adalah apa yang terlintas. Saya memang hairan kenapa agaknya bila dah berkahwin hubungan adik beradik mesti renggang?
Dah banyak saya lihat di depan mata. Bukan semualah, tapi kebanyakkannya. Tak dapat saya bayangkan, selama berpuluh tahun mengenal hati budi darah daging, saat melangkah sahaja keluar dari rumah terus berubah.
Takkanlah tak ada rasa sekelumit sayang pada adik beradik yang dah hidup bertahun-tahun, makan minum bersama, tidur sebantal. Tak nak spesifik pada mana-mana tapi baik suami baik isteri. Senangnya berubah!
Ada tu bila dah kahwin rezeki Alhamdulillah melimpah ruah, tapi bila adik beradik minta bantuan, macam-macam alasan diberi. Memanglah takkan asyik nak beri bantuan sahaja, tapi kitakan boleh berfikir, kalau bukan dalam kesusahan takkan meminta pertolongan.
Kalau rasa tak boleh membantu, apa salahnya beri dorongan dari mental dan kerohanian. Saling bertanya khabar, doakan sesama sendiri dan banyak lagi. Bantuan tidak semesti berbentuk material.
Sebab itu sekarang ini banyak kita lihat, bila ibu bapa sudah tiada, adik-beradik bersepah merata. Yang ini nak ikut kata suami, yang itu nak dengar cakap bini. Alasan paling biasa didengari "Mak ayah saya ada lagi. Awak tu adik beradik sahaja yang tinggal"
Tolonglah!! Selain mak ayah, kita membesar dengan saudara kandung. Kita berjaya kerana mereka juga. Kita jadikan contoh adik beradik yang cemerlang untuk turut melakar sesuatu yang terbaik.
Tak kurang juga ada saudara lebih berusia beralah dan berkorban masa, peluang untuk berjaya demi melihat adik-adik mencapai cita-cita. Sanggup tak meneruskan pengajian meski peluang masuk Universiti depan mata.
Tapi bila beri alasan, "Kita ni dah ada keluarga sendiri , jaga sahaja keluarga kita. Lain-lain tu tak perlu dah" sedihnya rasa hati. Saya yang tak ada kena-mengena pun turut tersentuh.

Orang kata untung adik beradik ramai, tapi apa untungnya kalau hanya muncul beberapa tahun sekali. Kalau orang dulu bolehlah kita nak kata faktor kewangan menjadi penghalang, orang sekarang ada lagi ke faktor itu?
Bagi yang masuk ke keluarga orang, ingatlah pasangan kita ni pun ada tanggungjawab lain juga. Kalau rasa tak boleh terima adik beradik lain tu, fikir semula untuk hidup bersama pasangan.
Perkara sebegini sentiasa berlaku disekeliling kita. Ambil ikhtibar di atas kesilapan dilakukan oleh orang lain dan cuba perbaiki diri sendiri. Jangan kata adik-beradik dah tak penting bila sudah berkeluarga.
Esok lusa kalau sudah sampai masa dijemput Illahi, siapa yang akan bantu urus diri terbujur kaku? Paling tidak saudara kandung juga akan ke depan menghulur tenaga.
Tak saya nafikan ada juga jenis adik-beradik ambil kesempatan atas kesenangan satu sama lain. Ini lain pula kesnya. Biasalah, nama pun manusia. Kalau tak begini buat perangai begitu.
Saya adik beradik seibu tak ramai, 4 orang sahaja. Alhamdulillah, buat masa ini masih rapat sebab duduk dekat dan tinggal serumah. Ibu bapa masih ada lagi. Harapnya perhubungan sebegini akan kekal selamanya.
GP pernah pesan kalau nak cari pasangan hidup cari yang boleh terima bukan sahaja ibu bapa tapi ahli keluarga secara keseluruhan. Kenal tradisi keluarga dan jangan abaikan bila dah ada bentuk keluarga sendiri.
Contohnya meraikan harijadi sesama sendiri. Sibuk macamana pun, find a way to gather and celebrate. Bukan nak hadiah pun tapi suasana ikatan sentiasa disuburi.
Entri saya tidak membahan atau menemepelak sesiapa secara spesifik. As mentioned earlier, ianya terjadi di depan mata saya. Ianya peringatan buat diri sendiri juga.
Yalah, kalau ada rezeki pasti akan punya keluarga lain. Jauhkanlah dari sikap sedemikian. Jangan jadi pemutus tali sillaturrahim sesama manusia terutama saudara kandung.
Bagi yang bersikap sedemikian, belum terlewat untuk membetulkan mana yang salah. Tanamkan dalam diri, sebelum pasangan kita kenal kita, terlebih dahulu dia sudah berkongsi kasih sayang dengan insan-insan lain.
Kita yang baru kenal ini hanya menyambung kasih sayang dalam membentuk sebuah keluarga dan membesarkan keturunan. Jangan bertindak zalim kepada mereka.
nota: tiba-tiba beremosi...

No comments :
Post a Comment