Bangun pagi, buka FB terpandang akan berita mengenai kehilangan sekumpulan remaja di dalam sebuah rumah yang dikatakan penuh misteri.
Wah, menarik! Sementelah kejadian berlaku di bahagian Selatan tanah air, saya menjangkakan cerita tersebut hanya akan bersebaran di laman sosial.
Maka seharian Google sana sini bagi mengetahui kisah sebenar disebalik misteri yang berlaku. Siap contact relatives/friends yang tinggal di sana untuk mendapatkan kesahihan.
By afternoon rupanya dah semakin hangat diperkatakan sehingga trending di Twitter tapi pihak polis menafikan pula kerana hanya menerima satu laporan kehilangan dan bukannya 23 orang.
Power of social media nowadays. Kalau tak ada internet, confirm cerita tersebut hanya berlegar di kalangan mereka di sana sahaja. Silap-silap ini hanya dongengan buat kita di bandar.
Mean time, melalui beberapa orang rakan berhampiran dengan kawasan kejadian mengatakan sejak dari semalam lagi sudah dipenuhi orang ramai and numbers getting bigger sehingga sesak lalulintas.
Polis dah kawal dan menutup jalan masuk ke rumah tersebut. Until this entry published, masih belum ada sebarang berita mengenai adik yang dilaporkan hilang and most of people accepting that cerita 23 orang itu hanyalah khabar angin belaka.
Sesiapa yang rajin like myself, spent your time "Googling" and read Twitter timeline. Macam-macam versi ada. Taip sahaja keyword VILLA NABILA akan keluarlah seribu satu macam link.
Budak yang hilang tu dikatakan kali terakhir nampak di villa tersebut. Apa agaknya yang memberi keberanian pada adik tersebut untuk masuk ke situ? Seorang diri pula.
Memang villa tersebut sudah lama usang dan kosong. JBians call it Haunted Mansion. From time to time ada sahaja spooky stories. Berani betul orang yang menghampirinya.
Dalam Twitter ramailah beri nasihat tak perlu takut dengan apa jua makhluk kecuali Allah. Betul tu, tapi kitakan manusia biasa yang punya macam-macam perasaan.
Lagi pun selain manusia, dunia ini turut didiami makhluk yang tidak dapat dilihat melalui pancaindera mata seperti Jin dan sebagainya. Tak mustahil rumah terbiar seperti Villa Nabila mengundang penghuni menegakkan bulu roma.
Terfikir-fikir apa rahsia disebalik Villa Nabila yang begitu gah berdiri tapi sudah diseluputi pokok-pokok meliar? Adakah benar ianya penuh dendam kesumat sehingga mampu mengundang maut manusia yang masuk ke dalamnya?
Dulu cerita sebegini saya baca melalui novel-novel mistik dan misteri. Tak sangka ilusi penulis rupanya sebuah kenyataan di alam maya.
Back to kisah kehilangan budak-budak tu, melalui FB Darul Takzim FC & Johor FA mengkhabarkan sahih 23 orang dan 22 orang tersebut sudah berjaya dibawa keluar. Tinggal seorang lagi.
Wallahualam! Tak berada di sana dan hanya mendapat kisah dari laman sosial. Kita doa yang terbaik untuk mangsa, jika benar.
Ada juga dapat versi cerita dari orang sana tapi tak apalah. Tak sesuai nak bercerita di sini. Agak-agak ada tak produser nak terbitkan kisah Villa Nabila ini? We'll see...
Adik-adik di luar sana, janganlah buat kerja tak berfaedah sebegini. Kalau pun berani sangat dan nak mencabar diri, cari sahaja aktiviti ekstrem sedia ada dan bukannya bermain perkara-perkara diluar akal.
Kita nantikan sahaja penghujung misteri Villa Nabila ini. Adakah sahih kehilangan 23 orang remaja tersebut? I guess, cerita ini we'll never get from local news so kenalah rajin surf internet.
nota: tak ada kerja cari kerja....
No comments :
Post a Comment