Dah nak dekat seminggu badan rasa tak sedap sangat, eh bukan badan tapi kepala. Rasa berpusing bila pejamkan mata, baringkan badan dan bertukar posisi badan.
Sangat tak selesa, even ekor mata ada macam cahaya yang menambahkan berat di kepala. Dulu-dulu symptom sebegini sering menghimpit seharian tapi rasanya dah lama tak kena.
Nak tarik diri ke klinik/hospital cukuplah malas. Positive thinking rasanya benda ni bersifat sementara tapi itulah dah berlarutan beberapa hari risau juga. Usia bukan lagi muda, takut sakit lain menanti.
Ada masa bila pusing teruk sangat, sampai loya jadinya. Nak makan pun tak berselera bila dah kena macam ni. Tekanan darah rendah ke, kurang darah ke? Assumed!
Dari kecil memang ada masalah tekanan darah rendah, kurang darah ni tapi itu dulu sebab makan sangat memilih. Rasanya dah gemuk ni takkan ada masalah sedemikian.
Entah, tapi bila jumpa doctor memang tak pernah naik bagus pun tekanan darah. Paras cukup makan sahaja, itu pun doctor mesti bising sebab bimbang.
Atau barangkali saya stress. Well, tipu kalau saya katakan I'm okay. Luaran memang boleh tersenyum, ketawa tapi dalam hati...Biarlah Allah sahaja mengetahui.
Betullah, rasanya saya tertekan. Sebab itu rasa tak selesa di kepala ini menghantui. Kena tarik nafas dalam-dalam dan bertenang secara batiniah. Nanti kalau keadaan bertukar buruk, ramai orang bakal susah :(
Tengok macamana, kalau masih lagi berlarutan must have guts to go to clinic or hospital. Agak-agak buat fully medical check-up insurance cover tak? Kena tanya ejen ni, kalau ada bagus juga.
Kalau sudi doakan kesejahteraan saya ya...
nota: hanya mampu berserah...
No comments :
Post a Comment