Nak update tapi sindrom malas sedang hebat melanda, jawabnya jenguk mana-mana yang patut. Gambar masih belum transfer dari laptop Sony, lagilah buat hilang mood.
Weekend pun tak ke mana. Dah jemu sebenarnya berjalan sekitar bandaraya, semua sama sahaja. Orang bertambah padat adalah, kan sekolah sedang bercuti.
Minggu hadapan sudah masuk minggu terakhir November, hmm...entahlah. Situasi semasa masih menuntut kesabaran maha tinggi dalam meniti segala ujian yang tak reda.
Banyak faktor sebenarnya membuatkan semangat tidak berapa jitu, tapi nak buat macamana. Itu semua ketentuan, kena redha dan terus bertawakal.
Lagi 2 bulan usia semakin bertambah. Seandainya 2013 warna keceriaan gagal menguasai, semoga kedatangan 2014 menjanjikan sesuatu lebih indah.
Okay, dari tadi taip delete lebih 10 kali. Tak tahu nak cerita apa sebenarnya. Masih belum ada draf apa-apa dalam minda. Bercelaru dengan macam-macam hal.
Nantilah saya rajinkan diri dengan entri baru, itu pun kalau ada. Menguap dah lebih 1000 kali dan badan lesu tak sudah. Dasar PEMALAS Cap LIPAS!!!
nota: kosong...
No comments :
Post a Comment