Semalam siapa tonton Buletin Utama mesti tahu kes buang Al-Quran di salah satu daerah di Terengganu. Al-Quran di dalam masjid dilempar merata-rata termasuk dalam tandas.
Mengucap panjang saya melihat berita tersebut. Apa sudah jadi dengan manusia masa kini? Apa masalah mereka berkelakuan sedemikian?
Petualang masih dicari dan mereka tidak tahu siapa yang melakukan perkara tersebut. Sudah semakin tidak menghormati sesama kita ya?
Dulu, meski berbeza agama kita saling menghormati dan tidak pernah menimbulkan sebarang pertikaian. Apa sahaja agama dianuti bukan batu penghalang sesama kita.
Sekarang sudah ada yang berani mempertikaikan kedaulatan Islam itu sendiri. Tanya diri sendiri kenapa perkara sebegini terjadi?
Dan saya yakin insiden buang Al-Quran ini juga berlaku bila hilangnya rasa hormat pada agama dan umat Islam.
Ini bukan saya tuju pada agama lain sahaja, umat Islam sendiri tidak terkecuali. Tak mustahil kes ini orang kita sendiri yang lakukan.
Tak tahu nak cakap bagaimana, sedih dan kecewa dengan insiden itu. Geram pun ada. Moga Allah melaknati sesiapa sahaja yang melakukan perkara sedemikian.
Bagi yang tak tahu berita ini, boleh google ya atau ke sini untuk tahu lebih lanjut lagi, tapi kes ini masih dalam siasatan. Harus saya tunggu hasil siasatan nanti.
Update, 9.21pm: Suspek telah berjaya dikesan dan sayangnya orang kita yang melakukannya. Sakit jiwa barangkali!
nota: manusia semakin pelik..
Update, 9.21pm: Suspek telah berjaya dikesan dan sayangnya orang kita yang melakukannya. Sakit jiwa barangkali!
nota: manusia semakin pelik..
No comments :
Post a Comment