Followers

Tuesday, March 11, 2014

::MH370 - Masih Hilang::

Masuk hari keempat pencarian MH370, semuanya masih samar-samar dan sehingga ke detik ini kelibat pesawat masih tidak muncul.

Seluruh rakyat Malaysia resah menanti berita, dunia memerhati dan membantu mencari jalan penyelesaian.

Apakah rahsia disebalik musibah ini?  Segala jalan baik menggunakan teknologi terkini dan kaedah spiritual sudah diguna pakai.  Istilah cuba dan terus mencuba tidak pernah padam.

Hasil hari keempat sudah muncul pula pelbagai persoalan.  Identiti individu menggunakan pasport curi juga telah diketahui, malangnya tidak membantu banyak pencarian pesawat.

Keluarga mangsa resah menanti.  Siang berganti malam, malam berganti siang, dari satu press conference ke satu press conference semuanya sama sahaja.

Bayangkan kita yang berada di hadapan peti televisyen sentiasa berdebar, apatah lagi mereka yang menanti perkhabaran nasib penumpang.  Kering sudah airmata, jawapan tidak kunjung tiba.

Ahli keluarga mangsa dari Negara China juga sebahagian sudah ada di Malaysia.  Pegawai-pegawai tinggi mereka tidak terkecuali.  Apakah akan ada bisik perkhabaran menjelang petang nanti?

Am not going to touch on how dumb some people make jokes, try to seek for an attention, etc cause at this moment you are such a rude!  Just put your feet on their shoes okay!!

Perairan kita dan perairan di mana kali terakhir MH370 kelihatan sudah dipenuhi kapal-kapal pencarian dari pelbagai negara.  Ruang udara juga tidak terlepas.  Semuanya datang untuk membantu.

Sekiranya ada maksud tersirat di atas bantuan diberikan, kita biarkan sahaja pemimpin negara selesaikan.  Ini kerana sudah ramai tidak senang dengan kehadiran bantuan secara tiba-tiba terutamanya dari Amerika dan sekutu.

Yang penting sekarang andai ada peluang menemukan kembali mangsa dalam keadaan selamat itu lebih memberi erti buat semua rakyat Malaysia.

Biarlah apa orang nak kata, Malaysia lemahlah, tak pandai menangani situasi kecemasanlah, lembablah dan segala macam kata-kata negetif, saya tetap memberi sokongan buat Kerajaan Malaysia.

Dalam situasi genting kita seharusnya tolak tepi lainan fahaman, sisih tepi pendapat berbeza kerana itu semua akan melemahkan lagi semangat dan keadaan.

Sebelum malam melabuh tirai, harapnya akan ada sinar harapan pada hari keempat pencarian.  Jika tiada, jangan berputus harap.  Allah Maha Mengetahui!




nota:  berdoa...berdoa...dan terus berdoa...  


No comments :

Post a Comment