Followers

Monday, October 18, 2010

::Berangan::

Bila menonton cerita-cerita penyiasatan seperti CSI, amat teruja melihat pasukan penyiasat menyelesaikan kes-kes yang mereka hadapi.  Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan sesuatu diluar jangkaan boleh menjadi begitu mudah di tangan mereka.  Tetapi kenapa tidak di alam realiti?

Orang bodoh pasti dapat menjawab persoalan saya kerana di dalam filem mahupun siaran bersiri segalanya telah dirancang dan setiap masalah yang direka sudah ada jawapannya.  Ini tidak berlaku di dalam dunia realiti.  Jangan kita bandingkan dengan negara luar yang mempunyai kelengkapan yang cukup canggih, cumanya alangkah bagus jika setiap kes yang disiasat di negara kita dapat diselesaikan dengan kaedah yang diguna pakai seperti yang kita tonton.  Pasti nasib mereka yang teraniaya mendapat pembelaan sewajarnya.  Perbicaraan kes juga tidak akan tertangguh dalam satu jangka masa yang agak lama.

Menyorot kejadian pembunuhan 4 orang termasuk jutawan kosmetik baru-baru ini, dapat kita lihat pihak berkuasa amat sukar untuk membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah.  Hampir sebulan, keputusan DNA juga belum diperoleh.  Jika menonton CSI, dalam tempoh kurang dari sehari bukti dapat dikumpulkan bagi menahan pesalah..he..he..he..

Saya tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan kepada mereka yang bersubahat menghapuskan bukti kes.  Apalah sangat 7 tahun jika dibandingkan dengan seksa yang terpaksa ditempuh oleh mangsa sehingga menemui ajal.  Jika mereka berkelakuan baik sepanjang di dalam tahanan, tempoh 7 tahun mungkin akan dikurangkan.  Apa pun, hukuman telah dijatuhkan walaupun ramai yang tidak bersetuju.  Siapalah kita untuk bersuara di pihak undang-undang.

Berbalik kepada CSI tadi, adakah Malaysia juga mempunyai pasukan seperti di dalam siri popular tersebut?  Kecanggihan peralatan mungkin tidak 100% tetapi wujudkah peralatan ?seperti mereka di dalam negara kita?  Pendapat peribadi saya, jika kerajaan ingin melabur di dalam menubuhkan pasukan seperti CSI serta lengkap dengan peralatan canggih pun tidak mengapa apatah lagi sejak akhir-akhir ini kejadian jenayah di negara kita menggerunkan juga.  

Tak apalah, saya ingin menyambung menonton CSI sambil membayangkan satu hari nanti CSI Malaysia setanding dengan mereka-mereka ini... :)


nota:  adakah saya di landa kemaruk untuk sentiasa menaip entri baru?

No comments :

Post a Comment