Followers

Wednesday, October 6, 2010

::Takdir Cinta::

Usai menonton Konsert Istimewa Rossa di saluran Astro, terngiang-ngiang pula di telinga sebuah lagu yang dilagukan.  Saya bukanlah peminat tegar Rossa makanya sebarang album artis tersebut tidak berada di dalam simpanan saya meskipun lagu dendangannya tidak asing bagi saya.  Mungkin ada sedikit sifat nasionalis di dalam diri, hasrat untuk memiliki album artis luar tidak pernah terlintas.  Lagipun, dunia kecanggihan menghalalkan kita untuk menikmati lagu-lagu artis luar dengan mudah.  

Okey, kita berbalik kepada niat awal coretan entri ini.  Lagu yang tidak berhenti bermain di cuping telinga saya adalah lagu Takdir Cinta.  Bukanlah sebuah lagu baru kerana sesiapa yang ada menonton filem Ayat-Ayat Cinta pasti telah mendengar lagu Takdir Cinta ini.  Saya sendiri telah menonton filem tersebut cumanya tatkala menonton filem Ayat-Ayat Cinta saya lebih tertarik kepada OST filem tersebut juga dendangan Rossa yang bertajuk juga Ayat-Ayat Cinta.  Tetapi hari ini entah kenapa terbuai pula rasa tatkala mendengar sang penyanyi mendendangkan lagu tersebut.

Seolah ada kuasa magis yang mengarahkan hati saya untuk terus berlagu.  Mungkin juga lewat kebelakangan ini saya kerap mendengar kisah tragis cinta tiga segi makanya lagu Takdir Cinta ini amatlah releven sekali.  Siapa yang terlibat??  Tidak perlu rasanya saya berkongsi siapa mereka-mereka.  Biarlah mereka yang berada di dalam kemelut ini berusaha merungkai permasalahan yang mereka hadapi.  Cumanya, saya terfikir dan apa yang boleh saya katakan, Cinta itu sendiri penuh dengan misteri.  Bukan kita tidak berusaha untuk setia pada yang satu.  Sedangkan cinta yang dituntut iaitu Cinta pada Illahi itu sendiri kita sering berselingkuh inikan pula cinta sesama manusia.  

Setakat hari ini saya tidak pernah terperangkap dalam kisah bersegi-segi ini.  Saya tidak berada di dalam situasi mereka dan saya tidak dapat menerangkan apa sebenarnya yang mereka rasa tetapi secara dasarnya kita tahu ianya amat memedihkan.  Buntu dan keliru pasti membelenggu dan secara kebetulan lagu ini saya tujukan khas buat mereka-mereka  di luar sana yang terperangkap di dalam dilema cinta dan juga buat kita yang sering curang pada Maha Pencipta.

Tajuk Lagu:  TAKDIR CINTA
Dendangan:  ROSSA
Ciptaan:  Melly Goslow
Lirik:

Ku Tutup Mata Ku
Dari Semua Pandangan Ku
Bila Melihat Matamu
Ku Yakin Ada Cinta
Ketulusan Hati Yang Mengalir Lembut

Penguasa Alam Tolonglah Pegangi Aku
Biarku Tak Jatuh Pada Sumur Dosa
Yang  Terkutuk
Dan Menyesatkan Cintaku

Andaikan ku Bisa
Lebih Adil Pada Cinta
Kau dan Dia
Aku Bukan Nabi
Yang Bisa Sempurna
Ku Tak Luput Dari Dosa

Biar Aku Hidup Seperti Ini
Takdir Cinta Harus Begini
Ada Kau dan Dia Bukan Ku Yang Mahu
Oh Tuhan Tuntunlah Hatiku

No comments :

Post a Comment