Adalah sedikit semangat hari ini untuk menatap dan membelek blog kepunyaan sendiri. Salah satu keburukan telefon pintar, akan memalaskan lagi orang seperti saya untuk duduk berhadapan dengan skrin petak empat di atas meja.
Manakan tidak, sambil berbaring pun boleh tahu perkembangan terkini. Kebetulan tahap kemalasan melanda, kelebihan telefon pintar diguna sebaik mungkin.
Tapi bila jenguk folder gambar terus rasa malas kembali menguasai. Gambar-gambar DSLR semua besar saiznya, jenuh nak kecilkan dahulu.
Letih nak tampal watermark pun satu hal juga. Dahlah laptop agak slow, ini semua penyumbang ke arah kemalasan tak tentu hala.
Tengoklah nanti akan ada atau tidak entri bergambar, kalau tiada borak santailah jawabnya. Nak bersantai pun harus punya inti pati. Eh, tiba-tiba semuanya malas! Ya Allah apa nak jadi nie!!
Lupa pula nak ucap selamat datang buat Oktober. Less than 3 months we shall say bye-bye to 2013. Time really flies. Apa yang menarik sepanjang Oktober ini ya?
Pertengahan bulan nanti umat Islam akan menyambut Aidil Adha. Dari awal September hari tu sibuk sana sini orang menghantar jemaah Haji.
Kami sekeluarga pun tak ketinggalan. Alhamdulillah, tahun ini Pakcu Ta'a, adik bongsu GP dan isteri berpeluang menjadi tetamu Allah.
Dah tak ingat sebenarnya tarikh mereka berlepas pergi tapi somewhere middle September. Pakcu dan Makcu menetap di Alor Setar. Ramai dah sanak saudara sebelah GP menziarah mereka di sana.
Kami sahaja yang belum, itu yang make an effort turun ke Kelana Jaya. Raya hari tu dah jumpa, tapi macam tak puas. Lagi pun bukan jauh mana dari rumah.
Seronok dan terharu bila berada di perkarangan Tabung Haji. Beruntungnya mereka yang sudah dijemput. Agak-agak ada ke kesempatan buat kita untuk sampai ke sana ;(
Saya pernah punya peluang tersebut tapi mungkin belum tiba masanya, akhirnya lihat dengan hati hiba bila family berlepas pergi ke Tanah Suci menunaikan Umrah.
Taknaklah cerita kisah sedih itu. Ada banyak 1001 hikmah tersirat di atas kegagalan saya ke sana. Semuanya kerja Allah SWT. Kalau dia mengizinkan pasti saya sudah jadi salah seorang dari mereka.
Back to original story okay. Tak lama pun kat sana, by the time arrived Pakcu dah standby nak masuk dalam. Just nice timing. Waktu nak parking pun takde masalah sangat. Allah permudahkan segalanya.
GP sempat titip pesanan sewaktu berada di sana. Yalah, dah punya pengalaman apa salah dikongsi bersama. Paling penting GP mohon kedua mereka jaga kesihatan supaya tidak terganggu proses ibadah kelak.
Tiada apa yang boleh diberikan melainkan sekudus doa setulus hati buat kedua Pakcu dan Makcu semoga ibadah mereka diterima seadanya dan pulang dengan Haji Mabrur, Insyaallah. Juga selamat kembali ke tanah air dengan selamat!
2 beradik bergambar kenangan. Mereka enam adik beradik, GP anak kelima dan Pakcu anak bongsu dari keluarga satu ibu satu bapa
Spot check for the last time. Takut ada barangan larangan terbawa, tergendala pula perjalanan
Peluk cium dari anakanda buat ayahanda yang akan berlepas. Sempat saya bisikkan untuk mendoakan kesejahteraan saya di sana, Insyaallah. Waktu ni hati tisu sudah terusik. Nasib baik tak banjir
Ayu Bam Bam dan Siti Cutie menunggu giliran bersalaman dengan Makcu Intan. Ceria sahaja Makcu, gembira yang tak terkata hanya terpancar melalui wajah
Photographer of the night. Manja terlebih! Well, knowing Pakcu dia memang kelakar orangnya. Tengok mimik muka dia. Ah, tiba-tiba rindu pula pada Ayahanda yang seoarang ini
Antara yang mengiringi pemergian Pakcu dan Makcu. Tak ramai pun. Semua pun dah pakat jumpa di Kedah. Yang pasti doa mereka pasti sentiasa mengiringi Pakcu dan Makcu
Giliran Macho Man pula bergambar dengan bakal Haji dan Hajah. GP sudah menyandang gelaran tersebut selama 2 tahun
Sedikit selingan: melampau betul penjual-penjual belon. Ambil kesempatan di atas kebanjiran orang ramai. Harga sebiji belon bermula dari RM8 - RM15. Mahal gila! Kaut untung berganda-ganda. Orang sibuk nak hantar jemaah mereka ghairah meraih keuntungan. Tak salah nak dapat untukng tapi janganlah sampai begitu sekali harganya. Memang mula-mula nak belikan buat mereka berdua tapi mengenangkan harga, tak apalah. Kita pergi Uptown beli sorang satu. Kasihan anak-anak kecil yang tak berapa berkemampuan, tengok sahajalah belon tersebut. Sepatutnya penjual ambil ikhtibar dengan meletak harga berpatutan sementelah berada di dalam persekitaran yang boleh menambah keimanan. Yalah, menunaikan Hajikan rukun Islam ke-5. Ada orang berjimat cermat simpan duit untuk sampai ke tanah suci, ini mereka memeras pembeli dengan harga sedemikian. Letak harga mahal sebegitu boleh menjanjikan peluang ke tanah suci ke? Maaflah agak kasar dan saya tahu rezeki Allah tentukan tapi GERAM melihat orang kita sendiri ambil kesempatan sebegitu rupa! Kalau letak harga berpatutan, takkan surut pendapat mereka, malah berlipat kali ganda.
nota: tiba-tiba emosi...
No comments :
Post a Comment