Berbulan asyik mengulang sakit hinggakan dah tak tahu bila masa saya sihat. Ada mula bosan dengan perkhabaran duka ini, seolah tak percaya yang saya sering sakit (kononnya saja buat sakit, ada ke macam tu?) Tak apa, pandangan orang bukan boleh dihalang. Terima kasih di atas pandangan sedemikian, ianya penyuntik semangat buat diri.
Bila sakit, selera makan tak berapa nak ada. Tengok yang ini tak lalu, jeling itu tak berselera, cuba sana loya, makan yang di depan mata tak bermaya dan macam-macam lagilah ibarat 1001 ekspresi, tak menjadi. Apa agaknya yang membuka selera saya ya? Puas difikir tapi belum mendapat ilham.
Makcik saya kata, dapatkan apa yang betul-betul buka selera kemudian hadap makanan tersebut, Insyaallah baiklah saya nanti. Ya ke? Entahlah, tak pernah cuba tapi apa salahnya mencuba, lagi pula bab makan. Bukan membahayakan kesihatan pun.
Tapi tulah, masih berfikir-fikir apa agaknya yang mendatangkan selera. Belum timbul-timbul di bayangan, kalau timbul pun wajah-wajah orang yang saya rindu. Demam rindu agaknya saya ni? Tengoklah, jika benar akan saya kongsikan di sini makanan yang membuka selera itu.
Selamat Makan Tengahari Rakan-Rakan Semua! Saya mahu menjamu mata (tidurlah!!)
nota: hati menangis siapa yang tahu...
No comments :
Post a Comment