Buat penggemar teater muzikal tempatan, seharusnya tidak melepaskan peluang menonton The Secret Life Of Nora (TSLON). Seperti apa yang saya perkatakan pada entri sebelum ini, saya berpeluang menonton setelah dipilih oleh Kak Red untuk menjadi sebahagian dari penonton. Jika rakan-rakan punya masa terluang segera ke Istana Budaya dan saksikan sendiri pementasan TSLON yang akan dipentaskan sehingga 16 Oktober ini.
Sedang beratur untuk mengambil tiket. Tak pasti samada di hadapan dan di belakang saya adalah bloggers juga
Seperti biasa, kenalah beri maklumat diri pada penganjur
Bergambar bersama salah satu poster yang ada di Istana Budaya
Penonton sedang mengambil tempat duduk sebelum persembahan bermula
TSLON dihasilkan oleh Enfiniti Production iaitu milik Datin Sri Tiara Jacquline juga pernah mementaskan Puteri Gunung Ledang dan P Ramlee The Musical satu ketika dahulu. Kedua-dua pementasan tersebut saya pernah menonton dan ternyata kali ini TSLON punya daya tarikan tersendiri dan harus ditonton rakyat Malaysia khususnya.
Jika dua pementasan sebelum ini, jalan ceritanya berdasarkan sejarah tetapi TSLON merupakan sebuah cerita rekaan dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu mahupun hikayat. Inilah tarikan sebenarnya dan saya yakin kemampuan team produksi benar-benar teruji bagi memastikan TSLON berbeza dengan dua teater sebelumnya.
Sedikit sinopsis TSLON dari pemahaman saya: Ianya mengisahkan seorang gadis pentas, Nora (Datin Sri Tiara Jacquline) yang begitu terkenal dan dianggap seorang primadona di era awal 60-an bercita-cita untuk meluaskan bakat ke layar perak. Dalam pada masa dia turut digilai seorang pemilik panggung termasyhur iaitu Mr J (Aznil Hj Nawawi).
Satu hari, Nora menerima tawaran untuk menjadi seorang pelakon terkenal tanpa menyedari ianya merupakan satu muslihat. Nora, Khatijah (Adibah Noor) dan Betty (Stephanie Van Driesen) telah berkunjung ke pejabat Agen Farouk (Tony Eusoff) menyatakan persetujuan menerima kontrak berlakon. Agen Farouk diarahkan berpura-pura sebagai ejen syarikat produksi yang akan menguruskan karier Nora sebagai seorang pelakon dan berjanji akan menjadikan dia seorang pelakon terkenal kelak.
Apa yang Nora tidak ketahui, dia sebenarnya terpilih untuk menjadi seorang under cover dan tawaran berlakon adalah silap mata sahaja. Ini kerana mereka dapat mengetahui yang Mr J menjalankan kegiatan jenayah dan percaya hanya Nora sahaja dapat menembus masuk ke bangunan Mr J untuk melakukan siasatan.
Bagi menghayati watak lakonan (kononnya) Nora harus menjalani latihan seperti agen yang betul walhal ianya adalah latihan sebenar dalam persediaan menjadikan Nora agen perisikan. Dia telah dilatih oleh Agen Roger Foss (Ryan Silverman).
Nora berjaya melalui tempoh latihan dan di penghujung latihan dia menemui kebenaran. Nora kecewa dan enggan melaksanakan tugasan tetapi apabila mengetahui Betty bakal menjadi mangsa Mr J, Nora akur demi menyelamatkan seorang kawan. Adakah Nora dan pasukan perisikan berjaya menumpaskan Mr J? Kenalah ikuti pementasan ini :)
Saya begitu meminati Datin Sri Tiara sejak dari kecil lagi. Tatkala itu dia rajin membintangi drama, teater dan filem. Bagi saya dia punya figura yang begitu menawan disamping bakat lakonan tersendiri. Masih terbayang bagaimana dia melakonkan watak Pinkie di dalam teater Lantai T-Pinkie, jika tak silap pementasan tersebut dalam tahun 1996. GP membawa kami sekeluarga menonton teater itu. Dengan pengalaman luas serta pakej bakat tidak mustahil persembahan dan penghayatannya sebagai Nora tidak mengecewakan langsung.
Selain Datin Sri Tiara, saya juga amatlah meminati Aznil Haji Nawawi juga sedari kecil sewaktu dia mengacarakan rancangan Pop Kuiz. Satu rumah tahu saya meminati dia dan apabila mendapat tahu Aznil akan berlakon di dalam teater ini, hati melonjak untuk menonton. Seperti biasa Aznil tidak pernah mengecewakan peminat. Lakonan bersahaja serta gelagat lucu benar-benar mencuit hati walau hanya muncul di separuh masa kedua persembahan dan Aznil berjaya menghidupkannya. Saya yakin pasti ramai setuju babak selepas intermission lebih memikat hati jika dibandingkan dengan separuh masa pertama.
Pemilihan pelakon begitu sesuai dengan watak masing-masing. Seperti biasa produksi Enfiniti suka menampilkan kelainan dan kali ini beberapa pelakon luar turut diundang berlakon di antaranya yang melakonkan watak Roger Foss. Set yang menarik, wardrobe begitu 'wow', persembahan koreografi begitu hangat, muzik segar semua ini menjadi satu dan menzahirkan TSLON dengan begitu berjaya. Sedikit gambar untuk tatapan anda semua :)
Gadis pentas yang mewarnai sepanjang pementasan dan ini di awal persembahan
Ibarat seorang Primadona tersohor memainkan watak dengan begitu meyakinkan
Saat ditawar menjadi bintang lakon layar
Mereka adalah peranan utama di dalam TSLON. Dari kiri, Khatijah, Agen Farouk, Nora dan Betty
Tiada yang mustahil jika ianya datang dari Datin Sri Tiara. Terbang pun boleh
Watak-watak penting di dalam TSLON. Dari kiri, Agen Roger Foss, Nora, Khatijah dan Agen Farouk
Kemunculan Mr J yang amat dinantikan oleh penonton
Pembangunan set bertaraf antarabangsa
Agen Farouk dan Khatijah yang banyak mencuit hati para penonton akhirnya berkahwin ;)
Lihat sahaja gelagat Mr J, tidak kering gusi dikerjakannya
Sebahagian daripada mereka yang bertungkus lumus menjayakan TSLON
Selayaknya TSLON diketengah ke peringkat lebih tinggi bagi mengiktiraf hasil kerja anak seni tempatan. Boleh sahaja kita menggelarkan TSLON sebagai Broadway Malaysia. Walau turut mengenengahkan budaya British lantaran latar masa adalah setahun selepas kemerdekaan, masih ada budaya melambangkan Malaysia di dalam teater ini. Jangan risau jika anda kurang faham pertuturan Bahasa Inggeris kerana subtitle turut disediakan di skrin.
Sewaktu menonton, sebahagian dari penonton terdiri dari bukan Melayu. Bangga terselit di hati kerana TSLON berjaya menarik perhatian penonton bangsa lain Malaysia. Inilah sebenarnya yang dicari dan bukan hanya sebuah pementasan didominasi oleh kaum tertentu.
Kebiasaannya sewaktu Matinee Show, para pelakon tidak akan keluar untuk bertemu dengan penonton. Jadinya, kita ambil gambar sahaja dengan poster yang ada
Bergambar bersama Agen Nora
Bagi anda yang tidak pernah melalui pengalaman menonton teater muzikal, apa kata sertai pasukan TSLON dan nikmatilah persembahan memukau dari mereka. Khabarnya tiket laris dijual, jadi jangan lepaskan peluang ini. Selesai menonton kongsikan pengalaman anda buat mereka yang tidak berkesempatan menonton TSLON.
Saya akhirnya berjaya menonton teater ini, secara percuma lagi. Terima kasih tidak terhingga buat Kak Red kerana sudi memilih saya untuk diberikan tiket. Hanya Allah sahaja membalas kebaikan dihulurkan dan moga Kak Red akan sentiasa berada di dalam lindungan dan limpahan rahmat dariNya.
Pertama kali bertemu dengan top bloggers sepanjang menceburi dunia blogging. Jangan tak tahu saya mengigil satu badan sewaktu bertemu mereka ini. Terasa kecil sahaja diri dibandingkan dengan kedua mereka. Selama ini hanya tahu kisah melalui alam siber dan kini bertentang mata. Gugup yang amat hingga Kak Red pun sedar yang saya mengigil..he..he..he.. malu sungguh!!! Kak Red tampil dengan warna signifikannya, iaitu merah dan dia memang menawan.
Inilah individu yang memberi saya peluang menyaksikan TSLON. Terima kasih tidak terhingga buat Kak Red dan dia tidak sombong langsung. Sanggup meluangkan masa bergambar walaupun rasanya pada ketika itu dia sedang berbincang sesuatu dengan orang lain. Tak perlu sebut nama berulang kali, sekali sebut sahaja nama saya dia dah tahu siapa saya orangnya. Sebelum persembahan bermula, saya tidak dapat mencari dia, tetapi nekad harus juga berjumpa sebaik sahaja tamat untuk menghulurkan ucapan terima kasih. Alhamdulillah berjumpa juga dengan Kak Red meski terpaksa menganggu masa dia seketika.
Tahu sahaja Kak Mya juga turut hadir sama, saya nekad untuk mencarinya. Alang-alang kenal melalui blog, apa salahnya jumpa seketika dan abadikan gambar bersama. Lawa orangnya, lebih-lebih lagi selepas berhijrah.
nota: puas sangat...
best ek...
ReplyDeleteAlhamdulillah, best Kak.Tiket sponsor lak tu...he..he..he..klu ade msa g la tgk Kak
ReplyDeletenice to meet u maria :)
ReplyDelete