Followers

Wednesday, October 12, 2011

::Bengang - Astro::

Asyiklah membebel perihal Astro tetapi tetap juga melanggan.  Ya, semalam seharian saya bengang dengan Astro.  Hanya kerana RM12 caj tertunggak, akaun kena potong.  Ingatkan tertunggak ratusan ringgit atau berbulan-bulan tidak membayar.  Dek kerana RM12 saya bakal dikenakan RM20 untuk penyambungan semula.  Tak berbulu ke rasanya??!!!

Beria-ia marahkan adik di khidmat pelanggan.  Memang mereka tidak boleh buat apa-apa tapi dek geram, basuh cukup-cukup.  Seperti yang saya katakan, HANYA RM12 dan bukannya RM120/RM1200/RM12000.  Itu pun saya mungkin terlepas pandang, kalau ikutkan bil saya tidak pernah cecah RM100 setiap bulan.  Tapi tak mahu pening kepala genapkan sahaja RM100 bila tiap kali membayar.  Cumanya dua tiga bulan ni rajin melanggan Astro First, itu yang bil terlebih dari biasa.

Jika segalanya sistem berkomputer, janganlah pandang remeh isu sebegini.  Takkanlah tunggakan kurang dari RM50 hendak terus di potong.  Lainlah berbulan-bulan lamanya, lagi pula tengok-tengoklah akaun pengguna tersebut.  Adakah jenis mendatangkan masalah atau tidak?  Paling-paling telefonlah pengguna dan beri notis ada tunggakan, jika tidak bayar dalam tempoh tertentu akan dipotong.  Ini tidak, tanpa sebarang notis terus sahaja sekat.  Nak sambung kena denda!!  

Sudahlah jika hendakkan Baby TV kena bayar tambahan RM5.  Semakin melampau saya rasa pihak Astro ni!!  Apa salahnya bagi sahaja kepada pelanggan yang melanggan rancangan kartun dah terlanjur memang kami bayar lebih untuk pakej tersebut.  RM5 pun mau pau!!!  Apa sangatlah yang bayi tonton??  Bukan ada tambahan kepada pihak Astro untuk membayar pihak produksi kerana rancangan di Baby TV semuanya diambil dari pihak ketiga dan bukannya program baru di reka khas.

Inilah sistem MONOPOLI yang melampau hingga memijak pengguna sewenangnya.  Kerajaan sendiri tidak boleh berbuat apa-apa dan Astro adalah entiti yang tidak menghormati undang-undang, itu yang saya rasa.  Yelah, Kerajaan gesa jangan kenakan sebarang kenaikan harga, Astro tetap dengan pendirian.  Kerajaan kata tidak boleh kenakan cukai, Astro tetap juga caj pelanggan.  Hormat ke namanya tu?  Tapi....punya pilihan lainkah kita???  urrggghhhhh........GERAM!!!!




nota:  kalau banyak duit, dah buka stesen TV sendiri...hik..hik..hik.. 
 

1 comment :

  1. yuppp.. mmg, astro monopoli semuanya.. I pon bengang, br2 ni ada satu channel cartoon BbyTV dikenakan extra RM5 kalau nak subscribe.. apa salhnya korang include sekali dlm kartun pakej kan.. dulu ingatkan MitV bole compete, rupa2nya hampeh jugak.. Unifi?? x tahula mcm tu nnti..

    ReplyDelete