Apa agenda anda semua hari ini ye? Hari cutilah katakan. Saya belum punya perancangan tetapi yang pasti Abang akan meluangkan masa di bengkel kereta. Sejak awal bulan lepas hinggalah ke hari ini, kereta tersebut telah mula menunjukkan ragamnya. Ada-ada sahaja. Sabarlah wahai tuan empunya, selama ini banyak jasanya maka kita ikutkan apa kehendaknya.
Esok, sekolah Buah Hati ada anjur sukan. Tak sabar pula rasanya hendak melihatkan aksi si kecil itu. Cepatnya dia membesar, sedar-sedar bakal mencecah usia ke-4. Kalau ikut perancangan, kami ramai-ramai akan ke sana. Masing-masing teruja apa bakal ditunjukkan oleh Buah Hati. Lajukah larinya sementelah tidak ada di antara kami atlet. Siti Cutie mungkin barangkali, kalau benar ikut jejak Mama dialah gayanya. Jika ada rezeki, saya kongsikan gambar Buah Hati =)
Selamat berhujung minggu buat anda semua dan bagi yang sekapal dengan saya, masih tercari-cari ke mana arah tuju, kita fikirkan nanti-nanti. Jika tidak ke mana-mana, berteleku di rumah juga sudah cukup baik. Ramai di luar sana tidak punya tempat berlindung. Jadi kita harus bersyukur!!
nota: tak tahu nak cerita apa...
No comments :
Post a Comment