Assalam,
Hari ini tidak mahu membelenggu diri dengan unsur-unsur negatif, Insyaallah. Masih ada perkara belum diselesaikan dan menuntut sepenuh perhatian tetapi letak ke tepi seketika. Penat sungguh untuk memikirkannya lantaran banyak perkara terjadi.
Dunia siber tampak sunyi seketika ya, barangkali mood cuti panjang terutamanya bagi sesiapa bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur. Oh ya, kalau tak silap Perak juga turut sama menikmati tempoh cuti berganda inikan.
Saya tidak ke mana-mana. Peneman setia pula terpaksa bekerja, biarlah. Lahir sebagai anak kota, perasaan bosan kejap menakluk diri jika semata ingin mencuci mata di Bandaraya. Untuk bersidai di kompleks membeli belah juga bukan tren diri. Lainlah kalau duit berkepok di kocek! =)
Nak menuju ke tempat-tempat makan menarik pun tidak ada satu pun idea menerjah. Memang banyak sebenarnya restoran atau lokasi Jalan-Jalan Cari Makan boleh dicuba tetapi malangnya selera saya terlalu terhad hinggakan tiada satu pun membuka selera.
Secara kesimpulannya, saya masih mencari arah untuk menikmati cuti yang ada. Semakin berusia semakin saya sedar tiada apa lebih membahagiakan selain dari berada bersama keluarga tercinta dan orang tersayang. Bila bersama, tempoh panjang menjadi singkat dan begitu indah.
Okay, berhenti dahulu sambil fikir-fikr apa patut dilakukan atau perihal butir bicara di sini. Tunaikan perkara wajib, Solat Zohor sambil berdoa supaya ketenteraman akan menjadi milik abadi.
Wassalam...
nota: debaran di hati belum pernah berhenti...
No comments :
Post a Comment